Monday, February 14, 2011

Pelihara tajwid semasa baca al-Quran


AL-QURAN adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu tanda kemukjizatan Nabi terakhir dan sebagai panduan hidup kepada manusia sehinggalah ke hari kiamat.
Wahyu memberi maksud bahawa Al-Quran bukanlah kalam atau perkataan atau ciptaan manusia tetapi ia adalah sesuatu yang terus daripada Allah SWT.
Setiap Muslim dikehendaki wajib mengenal serta boleh membaca al-Quran kerana al-Quran ini merupakan sumber ilmu utama dan panduan yang terbaik dalam kehidupan.
Sekiranya mereka tidak boleh membaca maka dituntut untuk mempelajarinya. Seperkara yang harus diambil berat dalam pembacaan al-Quran adalah membacanya secara bertajwid.
Mutakhir, banyak video, cakera padat (CD) dan audio di pasaran yang memapar dan memperdengarkan bacaan al-Quran tanpa menitikberatkan hukum tajwid dan hanya sekadar untuk dikomersialkan.
Walaupun ia adalah satu usaha yang baik tetapi kita seharusnya memelihara keaslian dan ketepatan dalam membacanya. Oleh sebab itu Nabi Muhammad SAW semasa hayatnya amat menitikberatkan pembacaan al-Quran yang tepat dan betul.


Wednesday, February 9, 2011

الجمع بين القراءات


يقول الإمام الشيخ المفسر اللغوي , الفقيه الأصولي , العارف , الموسوعي , شيخ الإسلام , أبو عبد الله شمس الدين محمد بن أبي بكر بن أيوب بن سعد بن حريز بن مكي زين الدين الزرعي ثم الدمشقي الحنبلي الشهير بابن قيم الجوزية رحمه الله و أسكنه فسيح جنانه اللهم آمين .
 
الثاني أن صاحبها إن طردها لزمه أن يستحب للمصلي أن يستفتح بجميع أنواع الاستفتاحات وان يتشهد بجميع أنواع التشهدات وان يقول في ركوعه وسجوده جميع الاذكار الواردة فيه وهذا باطل قطعاً فإنه خلاف عمل الناس ولم يستحبه أحد من أهل العلم وهو بدعة وان لم يطردها تناقض وفرق بين متماثلين
الثالث أن صاحبها ينبغي له أن يستحب للمصلي والتالي أن يجمع بين القراءات المتنوعة في التلاوة في الصلاة وخارجها قالوا ومعلوم أن المسلمين متفقون على انه لا يستحب ذلك للقارئ في الصلاة ولا خارجها إذا قرأ قراءة عبادة وتدبر وانما يفعل ذلك القراء احياناً ليمتحن بذلك حفظ القارئ لانواع القراءات واحاطته بها واستحضاره إياها والتمكن من استحضارها عند طلبها فذلك تمرين وتدريب لا تعبد يستحب لكل تال وقارئ ومع هذا ففي ذلك للناس كلام ليس هذا موضعه بل المشروع في حق التالي أن يقرأ بأي حرف شاء وإن شاء أن يقرأ بهذا مرة وبهذا مرة جاز ذلك وكذا الداعي إذا قال ظلمت نفسي ظلماً كثيراً مرة ومرة قال كبيراً جاز ذلك وكذلك إذا صلى على النبي مرة بلفظ هذا الحديث ومرة باللفظ الآخر وكذلك إذا تشهد فإن شاء تشهد بتشهد ابن مسعود وان شاء تشهد بتشهد ابن عباس وإن شاء بتشهد عمر وإن شاء بتشهد عائشة
وكذلك في الاستفتاح إن شاء استفتح بحديث علي وان شاء بحديث أبي هريرة وان شاء باستفتاح عمر رضي الله عنهم اجمعين وان شاء فعل هذا مرة وهذا مرة وهذا مرة
وكذلك إذا رفع رأسه من الركوع أن شاء قال اللهم ربنا لك الحمد وان شاء قال ربنا لك الحمد وان شاء قال ربنا ولك الحمد ولا يستحب له أن يجمع بين ذلك
وقد احتج غير واحد من الأئمة منهم الشافعي على جواز الانواع المأثورة في التشهدات ونحوها بالحديث الذي رواه أصحاب الصحيح والسنن وغيرهم عن النبي انه قال انزل القرآن على سبعة احرف فجوز النبي القراءة بكل حرف من تلك الاحرف واخبر انه شاف كاف و معلوم أن المشروع في ذلك أن يقرأ بتلك الاحرف على سبيل البدل لا على سبيل الجمع كما كان الصحابة يفعلون.

 

    من قسم -:ملتقى القراءات العشرالمتواثرة المصدر:الملتقى المغربي للقرآن الكريم

Monday, February 7, 2011

Pengenalan Ilmu Tafsir

Pengenalan Ilmu Tafsir
Dari sudut bahasa, tafsir bermaksud menerangkan. Menurut Lisan al-Arab ia juga memberikan makna menghuraikan kekusutan dan menghuraikan apa yang dikehendaki oleh lafaz yang musykil (keliru) sebagaimana firman Allah:
Ÿwur y7tRqè?ù'tƒ @@sVyJÎ/ žwÎ) y7»oY÷¥Å_ Èd,ysø9$$Î/ z`|¡ômr&ur #·ŽÅ¡øÿs? ÇÌÌÈ                                    
(al-Quran,al-Furqan25:33)
Maksudnya: Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis Segala yang mereka katakan itu).
Pemahaman tafsir dari sudut istilah ahli tafsir pula ialah suatu ilmu bagi memahami kitab Allah SWT yang diturun keatas Muhammad SAW dan menerangkan maknanya. Manakala menurut al-Zarqani ilmu tafsir bermaksud ilmu yang membahaskan keadaan al-Quran al-Karim dari segi dilalah (petunjuk) mengikut  kehendak Allah dengan kadar kemampuan pemikiran manusia. Perkembangan tafsir melalui beberapa tahap iaitu:

Dr. Solah Abd al-Fattah al-Khalidi telah membahagikan harakah al-Tafsir bermula semenjak zaman sahabat sehingga kini kepada empat marhalah iaitu:
1.      Marhalah al-tacsis
Iaitu tahap permualaan ilmu tafsir di zaman Rasuullah hinggalah zaman atba’ al-Tabicin. Pada tahap ini manhaj tafsir menjurus  kepada dua aliran iaitu:

a.       Tafsir bi al-Macthur- berpegang kepada kata-kata yang macthur yang terdiri daripada hadis Rasulullah, pendapat para Sahabah dan Tabicin.
b.      Tafsir al-Lughawi al-Bayani- Menerangkan makna kalimah al-Quran berdasarkan lughah iaitu darisegi isytiqaq dan tasrif al-afcal dan menggunakan bait-bait syair sebagai dalil dan penguat.

2.      Marhalah al-Tacsil
Marhalah ini bermula pada akhir kurun ke-3 Hijrah oleh Imam al-Tabari dimana beliau telah menggabungkan kedua aliran iaiatu Tafsir bi al-Macthur dan Tafsir al-Lughawi al-Bayani dan ditambah dengan istinbat hukum serta tarjih terhadap pendapat yang menjadi pilihan beliau. Beliau juga telah mencipta manhaj yang tersendi dalam tafsir beliau yang menafsirkan al-Quran secara keseluruhannya (mencakupi perbahasan dalam pelbagai bidang)  berdasarkan  turutan surah-surah, ayat-ayat dan jumlah-jumlah yang dinamakan sebagai Manhaj al-Jamic sesuai dengan nama kitab tafsir beliau iaitu Jamic al-Bayan fi tacwil Ayi al-Qurcan.

3.      Marhalahal-Tafric
Selepas zaman al-Tabari (kurun ke 4 Hijrah) aliran penafsiran al-Quran berubah daripada Manhaj al-Jamic (perbahasan merangkumi semua bidang) kepada Manhaj al-Ghalib(perbahasan menjurus kepada kemahiran dalam bidang masing-masing). Oleh itu setiap Mufassirin akan menafsirkan al-Quran dengan memberatkan perbahasannya  mengikut kemahiran masing-masing seperti:
i.                     Bidang nahw oleh al-Zujaj, al-wahidi dalam kitabnya al-Basit, dan Abi Hayyan dalam kitabnya al-Bahr al-Muhit
ii.                  Bidang Falsafah oleh fakh al-razi dalam kitabnya mafatih al-Ghaib
iii.                Bidang Fiqh oleh al-Jassas dan al-Qurtubi
iv.                Tarikh oleh al-tha'labi dan al-Khazin
v.                  Ahli Bidaah oleh al-Rammani, al-Jubai, al-Qhadi Abd al-Jabbar dan al-Zamakhsyari
vi.                Tasauf oleh Ibn al-Arabi dan Abu Abd al-Rahman al-Sulami
Aliran tafsir ini berterusan sehinggalah ke 14 Hijrah dan kitab-kitab tersebut boleh didapati serta dicetak oleh pelbagai cetakan sebagaimana yang terdapat sekarang.

4.      Marhalah al-Tajdid
Selepas kurun ke 14 Hijrah ilmu tafsir mula berkembang sesuai dengan keperluan zaman dan ilmu semasa. Justeru beberapa pembaharuan terhadap manhaj, method serta perbahasan ilmu dan kebudayaan yang moden telah berlaku terhadap penafsiran al-Quran. Hal ini berlaku bagi menyelesaikan permasalahan semasa yang melanda ummah berpandukan petunjuk al-quran yang masih menepati asas-asas dan manhaj yang ditetapkan dalam ilmu tafsir dan tidak terkeluar dari maksud sebenar kalamullah.
      Penulisan tafsir pada tahap ini dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh yang telah memulakan satu dimensi baru dalam memahami al-Quran dan membebaskan kebekuan bertaklid yang diwarisi dari kurun-kurun sebelumnya. Method ini kemudiannya diwarisi oleh murid-muridnya termasuklah al-Syahid Hassan al-Banna yang menekankan gerakan haraki dakwah islam memalui pentas Ikhwa Muslimin.
      Antara tafsir muasarah yang masyhur ialah:
i.                    Mahasin al-Tacwil oleh Jamal al-Din al-Qasimi
ii.                  Tafsir al-Manar oleh Muhammad Rashid Reda
iii.                Fi zilal al-Quran oleh Sayyid Qutb
iv.                Al-Asas fi al-tafsir oleh said Hawa
v.                  Al-Tafsir al-Mawduici li al-Quran al-Karim oleh Muhammad al-Ghazali
vi.                Tafhim al-Quran Abu al-A'la al-Mawdudi
vii                 Tafsir al-Munir oleh Dr. Wahbah al-Zuhayli

Kebangkitan rakyat di negara-negara Arab: Satu Peringatan

 
Al-Baradi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir
Subky Latif   

AHMED Al-Barradi, bekas Pengerusi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa PBB pulang ke Mesir sebaik saja tercetus demonstrasi umum rakyat terhadap regim Presiden Hosni Mubarak.
Dia pulang untuk menyertai tunjuk perasaan bersama rakyat bagi menggulingkan diktator 30 tahun Mubarak dan sekali gus untuk memimpin Mesir selepas itu.
Albarradi adalah diplomat  terkemuka, satu-satunya orang Mesir yang dikenali di dunia selepas Mubarak. Kepulangannya itu menjadikan penentangan kepada regim Mubarak tambah bertenaga.
Kebangkitan rakyat itu sudah dikira satu revolusi oleh masyarakat dunia, tercetus tanpa pemimpin, tidak didorong oleh mana-mana parti politik, tetapi oleh kesedaran rakyat umum yang mendapat semangat dari kejayaan rakyat Tunisia mengenyahkan presidennya.
Kepulangan Albarradi menjadikannya pemimpin kepada kebangkitan rakyat itu. Masyarakat dunia yang ingin melihat Mesir berubah memang mengharapkan untuk memimpin rakyat. Bahkan dia telah merancang untuk balik menentang Hosni Mubarak dalam pilihan raya Presiden nanti.
Amerika dan barat memang mencari orang bagi menggantikan Mubarak baik dia digulingkan atau mati mengejut. Tidak ada yang terkenal selain dari Albarradi tetapi tidak dapat dipastikan dia dapat jadi seperti Mubarak yang menjadi hamba kepada Amerika dan Israel.
Albarradi memang sudah berpolitik. Kalaupun dia tidak jadi budak suruhan Washington, tetapi dia lebih baik dari Mesir jatuh ke tangan penyokong Ikhwanul Muslimun, parti pembangkang yang sangat berpengaruh di kalangan akar umbi Mesir.
Justeru itu namanya sudah ditonjolkan sebagai pencabar utama Mubarak. Kepulangannya dikehendaki oleh banyak pihak. Jika Mubarak tidak dapat dipertahankan, harapan semua adalah kepadanya. Dia saja yang boleh menyaingi pengaruh Ikhwanul Muslimun.
Sebaik dia pulang Ikhwanul Muslimun menggesa di tengah kebangkitan rakyat itu agar semua pembangkang bersatu bagi menghadapi sisa-sisa kekuatan Mubarak bagi membina Mesir baru. Ikhwan nampak risiko jika ia tampil  sebagai pencabar utama Mubarak. Pengalaman FIS, pimpinan Abbasi Madani yang memenangi pilihan raya Algeria hampir 20 tahun lalu akan berulang di Mesir jika Ikhwan di depan. Ia akan dikhianati oleh barat dengan memperalatkan talibarat oporcunis sekular Mesir bagi mematahkan kemenangannya.
Ikhwan lalu mengambil strategi menjadikan Albarradi sebagai pemimpin revolusi bagi menggantikan regim Mubarak sekarang. Dia minta Hosni berundur sekarang juga, memberi peluang kepadanya menjadi pemimpin sementara, bekerjasama dengan tentera  bagi memulihkan ketenteraman awam dan membuat persiapan mengadakan pilihan raya Parlimen dan pemilihan Presiden baru.
Penentang regim Mubarak sudah ada tokoh bagi menjadi pemimpin yang dipercayai mendapat sokongan rakyat, tetapi Mubarak belum ada tokoh yang boleh menjadi penggantinya. Sekalipun Mubarak sudah melantik Naib Presiden, yang pertama sejak jadi Presiden 30 tahun dulu, Umar Sulaiman seorang ketua agensi perisik Mesir, tetapi dia belum ada hubungan dengan masyarakat umum.
Ketua perisik sekalipun terkenal di kalangan pembesar rantau itu, tetapi Mesir yang sejak tahun 1951 dipimpin oleh tentera memerlukan pimpinan dari kalangan  awam dan jarang ada negara di dunia mengambil ketua perisik bagi menjadi pemimpin negara kecuali dalam keadaan darurat.
Albarradi adalah tokoh awam yang boleh diketengahkan. Dunia demokrasi umumnya wajar dipimpin oleh orang awam, bukan tentera dan pegawai perisik. Yang mengganggu barat untuk menerima Albarradi sekarang, bukan tentang keupayaannya untuk menjadi pemimpin awam yang baik, tetapi yang mengangkatnya menjadi ketua ialah Ikhwanul Muslimun.
Amerika berjaya menghalang pengaruh Ikhwan menguasai Mesar sejak tahun 1951, dan bimbang pengaruhnya berperanan di bawah pimpinan Albarradi kerana di belakang Albarradi sekarang ada Ikhwan.
Amerika juga menjuarai penentangan terhadap komunis. Ia berjaya  meruntuhkan empayar komunis dan melumpuhkan pengaruh komunis di mana-mana. Ia membantu tentera Arab memerangi pengaruh Ikhwanul Muslimin di benua Arab tetapi ia tidak dapat mematikan pengaruh Islam itu  di Mesir.
Sejak zaman Gamal Abdul Nasser dan era Anwar Sadat serta disambung oleh regim Mubarak selama enam puluh  tahun terus menerus memerangi Ikhwanul Muslimin dengan segala macam kezaliman tetapi ia terus subur di tengah rakyat Mesir.
Bagi menangani saki baki pengaruh regim Mubarak Albarradi memerlukan kerjasama dan sokongan Ikhwan yang diasaskan oleh Almarhum Imam Hassan al-Banna.