Monday, April 25, 2011

Kongsi Pandangan: Mari mengaji

Al-Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam. Bacaannya dikira sebagai Ibadah dan diberi ganjaran serta dinaikkan martabatnya disisi Allah SWT berdasarkan kadar bacaan dan hafazannya sebagaimaan yang dinyatakan oleh junjungan besar kita Muhammad SAW (Mafhum Hr Tirmizi). Namun bagi mencapai tujuan tersebut Umat Islam haruslah mempunyai sifat cintakan al-Quran serta istiqamah dalam membaca dan memahami serta mengamalkan ajarananya.
Sekarang walaupun anak-anak telah diajar bacaan al-Quran seawal 4 atau 5 tahun ditambah lagi dengan program j-Qaf di sekolah rendah, namun bilangan anak-anak yang tidak minat membaca al-Quran agak ramai. Rata-rata mereka hanya membaca sekadar untuk memenuhi silibus di sekolah atau untuk  khatam sahaja, apabila telah khatam maka telah selesailah tugas mereka. Hasil tinjauan rambang juga mendapati  pelajar-pelajar peringkat tinggi sama ada kolej atau university masih ramai yang tidak mampu membaca al-quran dengan baik atau dengan erti kata lain iqra’ pun tak lepas. Hal ini mungkin hasil pemahaman apabila dah khatam tugas dah selesai  atau tak sempat khatam pun bila masuk sekolah menengah kira “tamat”. Ia juga mungkin berpunca kesilapan sesetengah guru yang hanya mengajar mengaji sahaja tanpa disusuli nasihat supaya mengamalkan bacaan al-quran di rumah. Tambahan lagi apabila tiadanya budaya membaca al-Quran yang boleh dijadikan contoh anak-anak di rumah.
Sesetengah Umat Islam merasakan membaca al-Quran tidaklah sepenting urusan kehidupan seharian yang bertujuan mengumpul harta dan mengejar kesenangan dunia . Golongan yang tidak pandai semakin jauh dan merasa malu untuk belajar al-quran, manakala golongan yang pandai sikit-sikit merasakan aku dah boleh baca dan tak perlu untuk  belajar lagi. Kerana sifat inilah kadang-kadang kita dapat ramai di kalangan golongan ustaz atau imam sendiripun masih salah dalam bacaan ayat-ayat yang lazim kerana merasakan mereka dah pandai dan tak perlu belajar lagi. Kalauada kelas al-Quran di surau atau masjid pun hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja, yang akhirnya tinggal tok guru yang setia menunggu murid-murid yang tak kunjung tiba.
Perlu diingat bahawa walaupun al-Quran  diturunkan sebagai panduan hidup dan bukan hanya untuk dibaca sahaja namum bacaan merupakan kunci bagi memahami serta menghayati ajarannya. Mana mungkin seseorang yang tidak mampu membaca al-Quran akan terbuka hatinya untuk memahami dan mengamalkan al-Quran. Sedangkan para ulama terdahulu sebahagiannya telah menghabiskan hampir keseluruhan hidup mereka untuk mempelajari cara bacaan al-Quran serta berusaha untuk menjaga al-Quran dari terseleweng. Justeru kita haruslah meyakini bahawa orang yang mampu menguasai bacaan al-Quran dengan baik tergolong dalam firman Allah yg bermaksud : “Barang siapa yang diberi Hikmah sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak.”(al-Baqarah :269). Apakah kebaikan bagi orang yang mempelajari al-Quran? Secara ringkasnya dapatlah dinyatakan disini iaitu:
1.      Sebagai pintu kebijaksanaan untuk menerokai ilmu Allah yang luas
2.      Sebagai motivasi dalam menghadapi rutin kehidupan yang semakin mencabar
3.      Menenangkan jiwa dari pelbagai tekanan dan tipu daya dunia
4.      Mendisplinkan diri dengan menetapkan hizb-hizb tertentu serta masa tertentu untuk  membaca al-Quran secara istiqomah.
5.      Dimurahkan rezki, mendapat keberkatan dalam kerja seharian dan mendapat syafaat di akhirat.
6.      Sentiasa melazimi bacaan al-Quran dan memahami maksudnya akanmenjadikan kita sentiasa dalam peliharaannya..sebagaimana sabda mafhum Sabda Rasulullah SAW: Ahli al-Quran ialah ahli Allah dan orang-orang keistimewaanNya.(Hr Ahmad)
Justeru marilah kita sama-sama bermuhasabah di manakah tahap iqra’ kita sekarang. Untuk mengetahui bacaan kita betul atau salah carilah guru dan perdengarlah bacaan kita. Jangan bila berlaku kematian ahli keluarga bacaan kita tidak dapat membantu mereka lantaran tajwid yang  lintang pukang atau bila berlaku "kerasukan" bacaan kita ditegur oleh jin yang merasuk. Lebih sedih lagi kalau dia yang mengajar kita bacaan yang betul.  Oleh itu luangkan sedikit masa kita untuk mempelajar al-Quran. Carilah waktu yang sesuai seperti selepas magrib, selepas subuh atau sebelum memulakan kerja harian di pejabat. 5/10 minit sudah memadai, cubalah anda akan merasai kelazatannya…Allahu waliyyu tawfiq wal musta'an.

Sunday, April 24, 2011

HALAQAH QIRAAT: JAMA' QIRAAT

Pembentang: Ust Felza

http://syathibie.blogspot.com/2011/04/jama-imam-sepuluh-baqarah-3.html

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاة وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
1. Toriq Al-Syatibiyyah:
- Qalun baca sukun mim jama’ secara khilaf[1] pada kalimah رَزَقْنَاهُمْ , semua ikut kecuali Warsy, Ibn Kathir dan al-Susi.[2]
- Qalun membaca pula silah mim jama’ pada kalimah رَزَقْنَاهُمْ dan Ibn Kathir ikut.
- Warsy baca taghliz lam [3]pada kalimah الصَّلاة dan ibdal hamzah [4]pada kalimah يُؤْمِنُونَ
- Al-Susi baca ibdal hamzah [5] pada kalimah يُؤْمِنُونَ

2. Toriq Al-Durrah:
- Qalun baca sukun mim jama’ secara khilaf pada kalimah رَزَقْنَاهُمْ , semua ikut kecuali Warsy, Ibn Kathir, al-Susi dan Abu Ja’far.[6]
- Qalun membaca pula silah mim jama’ pada kalimah رَزَقْنَاهُمْ dan Ibn Kathir ikut.
- Warsy baca taghliz lam [7]pada kalimah الصَّلاة dan ibdal hamzah pada kalimah يُؤْمِنُونَ [8]
- Al-Susi baca ibdal hamzah pada kalimah يُؤْمِنُونَ
- Abu Ja’far baca silah mim jama’ [9]pada kalimah رَزَقْنَاهُمْ dan ibdal hamzah [10]pada kalimah يُؤْمِنُونَ

3. Toriq Al-Toyyibah:
- Qalun baca sukun mim jama’ secara khilaf [11]pada kalimah رَزَقْنَاهُمْ , semua ikut kecuali Warsy (Asbahani dan al-Azraq), Ibn Kathir, Abu ‘Amru (wajah kedua) dan Abu Ja’far.[12]
- Qalun membaca pula silah mim jama’ pada kalimah رَزَقْنَاهُمْ dan Ibn Kathir ikut.
- Asbahani baca ibdal hamzah [13]pada kalimah يُؤْمِنُونَ dan Abu ‘Amru (wajah kedua)[14] ikut.
- Al-Azraq baca taghliz lam [15]pada kalimah الصَّلاة dan ibdal hamzah [16]pada kalimah يُؤْمِنُونَ
- Abu Ja’far baca silah mim jama’ [17]pada kalimah رَزَقْنَاهُمْ dan ibdal hamzah [18]pada kalimah يُؤْمِنُونَ


[1] Kata al-Syatibi (Hirz, bab surah Umm al-Qur’an, mk 9):
وصل ضم ميم الجمع قبل محرك دركا وقالون بتخييره جلا
[2] Maka yang mengikut bacaan Qalun adalah al-Duri Abu ‘Amru, Ibn ‘Amir, ‘Asim, Hamzah dan al-Kisaei.
[3] Kata al-Syatibi (Hirz, bab al-Lamat, mk 29):
وغلظ ورش فتح لام لصادها أوالطاء أو للظاء قبل تنزلا
إذا فتحت أو سكنت كصلاتهم ومطلع أيضا ثم ظل ويوصلا
[4] Kata al-Syatibi (Hirz, bab al-Hamz al-Mufrad, mk 18):
إذا سكنت فاء من الفعل همزة فورش يريها حرف مد مبدلا
Jikalau waqaf pada kalimah يُؤْمِنُونَ, Hamzah akan ibdal sepertimana kata al-Syatibi (Hirz, bab Waqf Hamzah wa Hisham ‘ala al-Hamz, mk 19):
فأبدله عنه حرف مد مسكنا ومن قبله تحركه قد تنزلا
[5] Kata al-Syatibi (Hirz, bab al-Hamz al-Mufrad, mk 18):
ويبدل للسوسى كل مسكن من الهمز مدا
[6] Maka yang mengikut bacaan Qalun adalah al-Duri Abu ‘Amru, Ibn ‘Amir, ‘Asim, Hamzah, al-Kisaei,Ya’qub dan Khalaf al-‘Asyir.
[7] Kata al-Syatibi (Hirz, bab al-Lamat, mk 29):
وغلظ ورش فتح لام لصادها أوالطاء أو للظاء قبل تنزلا
إذا فتحت أو سكنت كصلاتهم ومطلع أيضا ثم ظل ويوصلا
[8] Jikalau waqaf pada kalimah يُؤْمِنُونَ, Hamzah akan ibdal.
[9] Kata Ibn al-Jazari ( al-Durrah al-Mudhiyyah, bab al-Basmalah wa Umm al-Qur’an, mk16 ):
وصل ضم ميم الجمع أصل
[10] Kata Ibn al-Jazari ( al-Durrah al-Mudhiyyah, bab al-Hamz al-Mufrad, mk 18 ):
وساكنه حقق حماه وأبدلن إذا غير أنبئهم ونبئهم فلا
[11] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab Surah Umm al-Qur’an, mk 39):
وضم ميم الجمع ثبت درا قبل محرك وبالخلف برا
[12] Maka yang mengikut bacaan Qalun adalah Abu ‘Amru (wajah pertama), Ibn ‘Amir, ‘Asim, Hamzah, al-Kisaei,Ya’qub dan Khalaf al-‘Asyir.
[13] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab al-Hamz al-Mufrad, mk 45):
والأصبهانى مطلقا
Jikalau waqaf pada kalimah يُؤْمِنُونَ, Hamzah akan ibdal sepertimana kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab Waqf Hamzah wa Hisham ‘ala al-Hamz, mk 47):
فإن يسكن بالذي فبل ابدل
[14] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab al-Hamz al-Mufrad, mk 45):
وكل همز ساكن أبدل حذا خلف
[15] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab al-Lamat, mk 55)::
وأزرق لفتح لام غلظا بعد سكون صاد او طاء وظا أو فتحها
[16] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab al-Hamz al-Mufrad, mk 45):
ولفا فعل سوى الإيواء الأزرق اقتفى
[17] Sila rujuk nota kaki nombor 11.
[18] Kata Ibn al-Jazari (Tayyibah al-Nashr, bab al-Hamz al-Mufrad, mk 45 ):

KEPENTINGAN DAN FAEDAH BERBILANGNYA WAJAH QIRAAT

Ada sahabat bertanya kenapa perlunya al-Quran diturunkan dengan pelbagai cara bacaan (wajah qiraat)?? Kan kalau turun dengan satu cara bacaan yang selaras sebagaimana diselaraskan rasm uthmani kan senang…so berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh ulamak bidang ini dapatlah dirigkaskan faedah pelbagai wajah qiraat adalah spt berikut:
1.    Sebagai memudah dan meringankan umat Islam untuk membaca al-Quran sesuai dengan kebolehan lidah dan kelaziman  bahasa mereka. Hal ini jelas melalui kebimbangan Rasulullah terhadap ummatnya ketika disuruh oleh Allah SWT untuk membaca al-Quran dengan satu cara bacaan sahaja. Sebagaimana mafhum Hadis baginda dari Ubay bin Kaab: “Aku memohon belas kasihan dan keampunan Allah SWT (untuk membaca lebih dari satu cara bacaan) kerana ummatku tidak mampu untuk melakukannya.”

2.    Sebagai tanda kebenaran perutusan Rasulullah  dalam menyampaikan al-Quran sebagaimana yang diturunkan kerana perbezaaan qiraat tersebut tidak bertentangan antara satu sama lain dari segi maksudnya bahkan saling membenar dan menerang antaranya. Sebagaimana maksud firman Allah SWT : Sekiranya al-Quran itu datang selain dari Allah maka maku akan mendapati pertentangan yang banyak padanya.(al-Nisa:82)


3.    Berbilangnya  beberapa wajah qiraat dalam satu ayat menunjukkan kesempurnan mukjizat yang didatangkan dalam bentuk yang cukup  ringkas dan singkatan yang menarik. Ia juga memudahkan hafazan berbanding sekiranya  khilaf qiraat berlaku pada ayat-ayat yang berasingan.

4.    Khilaf qiraat menjadi faktor kesungguhan  ulamak dalam mengkaji  maksud ayat, mengeluarkan hukum  dan rahsia-rahsia al-Quran, memerhatikan perbezaan lafaz, baris serta menaqalkannya melalui sanad periwayatan yang sahih sekaligus dapat menjaga al-Quran dari terseleweng sama ada dari segi makna dan lafaz


5.    Dapat memelihara lahjah-lahjah arab dari pupus melalui penggunaanya sebagai salah satu wajah qiraat. Ia juga dapat mengumpulkan ummat Islam melalui bahasa yang satu iaitu lisan Quraisy yang diturunkan padanya al-Quran…Allahu a’lam
(ringkasan kitab al-Qira’at al-Qur’aniyyah. Abd Halim Muhammad alHadi. h. 67-70..bersambung)

Wednesday, April 20, 2011

Proses Tashih al-Quran



al-Quran yang hendak dicetak di Malaysia mestilah mendapat kebenaran Kementerian Dalam Negeri. -Gambar hiasan



PADA hari ini al-Quran dicetak dan boleh dikatakan setiap negara Islam mempunyai percetakan sendiri seperti Mesir, Libya, Lebanon, Malaysia dan lain-lain.
Negara yang paling banyak mengeluarkan Mushaf al-Quran ialah Arab Saudi melalui Percetakan Malik Fahd di Madinah al-Munawarah.
Menurut Dr. Muhammad al-Habsy, sejak ditubuhkan percetakan al-Malik Fahd telah mencetak al-Quran lebih daripada 100 juta naskhah.
Mushaf Madinah dicetak dengan penyeliaan yang amat teliti dan pengawasan di setiap proses percetakan oleh sekumpulan tenaga kerja yang mahir.
Ramai yang terkeliru dengan menganggap bahawa tulisan Mushaf Madinah dihasilkan daripada kecanggihan komputer kerana susun atur kalimahnya yang kemas dan bentuk hurufnya yang sama.
Tetapi sebenarnya ia adalah hasil tulisan seorang tokoh khat terkenal yang berasal dari Syria iaitu Sheikh Uthman Taha.
Mushaf Madinah mempunyai beberapa kelebihan, antaranya ialah tulisan khatnya mempunyai seni yang tinggi dengan mengambil kira keselesaan pembaca.
Selain itu, jawatakuasa penyemak dan pentashih adalah yang berwibawa dan pakar dalam bidang ilmu al-Quran.
Mengetuai lajnah penyemakan itu adalah Dr. Abdul Aziz Abdul Fattah Qari, bekas dekan fakulti al-Quran Universiti Islam Madinah dan Khatib Masjid Quba.
Dalam satu temuramah, beliau menyatakan sebelum Mushaf Madinah dicetak, lebih 100 kali semakan dilakukan oleh sekumpulan ulama dalam bidang al-Quran, tafsir dan bahasa Arab.
Nama-nama penyemak disenaraikan di helaan akhir mushaf dan tertera nama-nama seperti Sheikh Amir Ibn al-Sayyid Uthman, Dr. Abdul Azim Ibn Ali al-Syinawi, Sheikh Dr. Mahmud Sibawaih al-Badawi, Sheikh Mahmud Abdul Kaliq Jadu, Sheikh Abdul Fattah Ibn al-Sayyid Ajami al-Mirsafi dan lain-lain.
Semua mereka ini adalah ulama yang berasal dari Mesir, mempunyai penulisan yang banyak dalam bidang al-Quran dan berkhidmat sebagai pengajar di Fakulti al-Quran, Universiti Islam madinah.
Nama pertama dan teratas ialah Sheikh Amir Ibn al-Sayyid Uthman. Jawatan beliau ialah Syeikh Qurra di Negara Mesir.
Walaupun beliau memegang jawatan Syeikh Qurra Mesir selepas meninggalnya Sheikh Mahmud Khalil al-Husari tetapi Sheikh Khali Husari adalah salah seorang muridnya.
Antara muridnya juga adalah Sheikh Qurra Masjid Nabi sekarang ini iaitu Sheikh Ibrahim Akhdar al-Qayyim.
Walaupun kita tidak perlu mengingati nama-nama besar dalam bidang al-Quran ini, tetapi perlu diingat mereka telah memberi sumbangan yang amat besar kepada penyebaran al-Quran ke seluruh pelosok dunia pada hari ini.
Saban tahun, setiap kali jemaah haji pulang ke tanah air, selain dari membawa pulang haji yang mabrur dan air zamzam, mereka juga dihadiahkan senaskhah Mushaf Madinah.
Di Malaysia, al-Quran yang hendak dicetak mestilah mendapat kebenaran dari Kementerian Dalam Negeri.
Melalui Unit Kawalan al-Quran, satu Jawatankuasa lajnah akan menyemak seluruh al-Quran dengan mengenal pasti kesalahan yang terdapat.
Jika kesalahan tersebut boleh diperbetulkan dan hanya bersifat teknikal semata-mata, naskhah al-Quran itu diizin untuk dicetak selepas diperbetulkan semua kesalahan.
Justeru al-Quran yang dicetak di Malaysia telah melalui satu proses semakan yang teliti dari pihak Lajnah Tashih al-Quran yang memastikan tiada kesalahan dan semua nas al-Quran adalah betul dan tepat.

Monday, April 18, 2011

MARI BERKENALAN DENGAN AL-QIRAAT

Al-Qiraat mungkin belum begitu popular dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Mungkin akhir2 ini ia mula mendapat perhatian masyarakat hasil program Akademi al-Quran (AQ). Hal ini kerana penyebaran ilmu ini agak lambat berbanding ilmu-ilmu lain seperti Fiqh tauhid tasawwuf dsbnya. Tambahan pula keperluan terhadap ilmu ini terhadap amalan harian agak kurang kerana membaca dengan wajah qiraat  tertentu merupakan suatu  pilihan sahaja berbeza dengan tajwid yang mesti dipraktikkan ketika membaca al-Quran. Sebagai contoh bacaan kita di Malaysia ialah dengan bacaan riwayat Imam Hafs maka tidak menjadi keperluan bagi orang awam untuk membaca dengan bacaan Imam-Imam yang lain.

Apakah Dia al-Qiraat?

Menurut Imam Ibn al-Jazari qiraat ialah suatu ilmu tentang cara untuk menyebut kalimah al-Quran dan perbezaan lafaznya yang disandarkan kepada pembawanya (Imam/Qari) seperti qiraat Imam Nafi,’ qiraat Imam Asim dan sebagainya.Imam-Imam tersebut meriwayatkan bacaan (qiraat) yang diambil melalui sanad yang bersambung kepada Rasulullah SAW. Dalam erti kata lain mereka hanya membaca sebagaimana yang diajarkan Rasulullah kepada Sahabat, tabbiin dan seterusnya bacaan tersebut diajar dan diwarisi oleh generasi terkemudian seperti kita sekarang. Sebagai contoh masyarakat di Malaysia majoritinya membaca dengan qiraaat riwayat Imam Hafs yang diambil dari Imam Asim daripada Abdul Rahman al-Sulamiy daripada Saidina Ali daripada Rasulullah SAW.

Kenapa Terdapat Banyak Cara Bacaan al-Quran (wajah Qiraat)??

Perlu ditekankan bahawa khilaf bacaan dalam qiraat tidak sama dengan khilaf dalam bab Fiqh. Ini kerana Khilaf dalam bab fiqh merupakan khilaf berbentuk ijtihadi (hasil pemikiran ulamak) dan terdedah kepada betul dan salah. Khilaf qiraat merupakan wajah-wajah bacaan yang diturunkan oleh Allah dan merupakan sebahagian daripada al-Ahruf al-Sab’ah. Dalam kata yang lebih mudah Allah menurunkan pelbagai cara bacaan al-Quran kepada Rasulullah SAW untuk diajarkan kepada ummatnya sebagai satu keringanan sesuai dengan  kemampuan bahasa dan loghat masyarakat arab ketika itu. perumpamaan mudahnya kalaulah PM kita ingin menyampaikan suatu perutusan kepada semua masyarakat malaysia yang berbilang negeri dengan loghat yang berlainan.Tambahan lagi yang duduk di hulu2.. maka sekiranya hanya dibaca dengan bahasa standard maka manalah orang-tua di hulu Terengganu atau Kuala Lepis faham.. maka bagi memudahkan kepada pembaca perutusan dan pemahaman maka ia dibenarkan membaca dalam loghat masing tanpa merubah maksud mesej tersebut..bersambung…

Thursday, April 14, 2011

khilaf qiraat

2.2.1        Hakikat Khilaf Dalam Ilmu Qiraat
Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini al-Qiraat merupakan perbahasan pada kalimah yang khilaf di dalam al-Quran. Namun dalam ilmu qiraat, kalimah khilaf sendiri mempunyai beberapa pembahagian dan pengertian sebagaimana yang dirumuskan daripada kata-kata Ibn al-Jazari dalam kitabnya al-Nashru:
i.                    Khilaf wajib
Khilaf bacaan yang disandarkan kepada salah seorang daripada Qurra’ dan berlaku ijma’ pada rawinya dikenali sebagai Qiraat dan sekiranya disandarkan kepada salah seorang rawi maka ia dikenali sebagai riwayat. Sekiranya di sandarkan kepada orang  yang meriwayatkan  rawi ke bawah maka ia dipanggil sebagai turuq.Kesemua jenis khilaf ini (qiraat, riwayat dan turuq) termasuk dalam khilaf wajib.  Ini memberi maksud Qari atau pembaca al-Quran mesti mendatangkan kesemua khilaf ini bagi menyempurnakan talaqqinya (pembelajaran) terutama ketika menggunakan kaedah jamc al-Qiraat. Ia bukannya wajib darisegi hukum tilawah kerana hakikat khilaf dalam qiraat adalah bersifat tanawwuc di mana kesemuanya adalah benar dan pemilihan bacaan terhadap qiraat adalah secara  ikhtiyariyyah sahaja. Sebagai contoh:
a.       Bacaan حسب dengan kasrah sin dalam keseluruhan al-Quran merupakan Qiraat Nafic.
b.      Bacaan ءامن من  dengan memindahkan baris hamzah kepada huruf mati sebelumnya (nun) merupakan bacaan riwayat warsy dari Nafic
c.       Bacaan Mad badal dengan tiga wajah (qasr, tawassut dan isybac) merupakan bacaan bagi tariq al-Azraq dari Warsy daripada Nafic