Monday, May 16, 2011

GURU RABBANI MELAHIRKAN PELAJAR RABBANI..

Ustaz Nor Hafizi Yusof
KONSEP PENDIDIKAN RABBANI
Walaupun pendidikan mempunyai erti yang hampir sama dengan pelajaran namun istilah didik mempunyai erti yang lebih mendalam. Pelajaran merupakan proses penyampaian  kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai-nilai yang melibatkan perubahan tingkah laku di kalangan para pelajar (Ee Ah Meng 1997).  Secara kasarnya pelajaran lebih memfokuskan ke arah mendapat keputusan yang cemerlang  dalam peperiksaaan atau sekadar untul mendapatkan sijil, diploma atau ijazah berbanding  dengan pembangunan nilai akhlak dan akidah. Manakala menurur Prof. Dr. Sidek Baba (2006) pendidikan merupakan gabungan antara ilmu, adab, dan rabbani. Pendidikan bukan sahaja mendidik akal manusia tetapi membangunkan hati dan nilai-nilai kemanusiaan supaya lahir sebagai insan yang hidup berdasarkan panduan al-Quran dan Sunnah. Rabbani pula merupakan asal dari perkataan arab iaitu rabb yang bermaksud tuhan maka rabbani diterjemahkan sebagai ketuhanan atau dalam erti kata lain Allahlah puncak kepada segala sesuatu (Sidek Baba 2006). Pendidikan Rabbani memberikan makna mendidik pelajar menerusi pelbagai bidang ilmu yang diceburi dengan meletakkan asas ketuhanan sebagai sebagai pencipta. Umpamanya pelajaran sains seperti perbezaan cap jari manusia yang bertepatan dengan ayat al-quran mampu mendidik jiwa pelajar tentang kehebatan penciptaan tuhan dan  kebenaran mukjizat al-Quran lantas lahir satu perasaan tunduk dan akur kepada Allah sebagai pencipta segalanya. Sebagaimana yang berlaku kepada seorang ahli teologi kristian Ruqayyah Waris Maqsood yang telah memeluk Islam setelah mengkaji teori ini ( Md Arip Hj. Kasmo 2007)
Model Pendidikan Rabbani merupakan model pendidikan Rasulullah yang telah dicontohi oleh para sahabat serta para ulamak Islam. Pada zaman kegemilangan Islam ia telah dipraktikan dengan meluas sehingga lahirnya tokoh-tokoh Islam yang masyhur seperti Imam Hambali, Hanafi, Syafei, al-Ghazali, Ibn Sinna, al-Farabi, Ibn Khaldun dan ramai lagi. Namun dalam konteks negara kita sekarang model ini telah dijenamakan kembali dan dimasyhurkan oleh Prof. Dr. Sidek Baba iaitu  Professor penyelidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Objektif Pendidikan Rabbani ialah melahirkan pelajar  muslim yang menguasai ilmu pengetahuan dan menghayati tuntutan syahadah yang di lafazkan setiap hari itu keimanan kepada Allah dan kepatuhan kepada Rasulullah dalam kehidupan (al-Syahid Syed Qutb 2009). Panduan ini bertujuan  mengelakkan para pelajar menganut Islam sekadar adat atau warisan agama daripada keturunan mereka yang Islam dengan hanya mengikut ajaran yang dirasakan mudah dan menepati selera mereka sahaja tetapi apabila berlaku pertembungan dengan kehendak peribadi,  mereka akan meningalkan ajaran Islam tersebut. Objektif ini juga membantu pelajar menguasai ilmu untk mengenal Allah sebagai Tuhan yang merupakan syarat bagi ketaatan manusia. Hal ini kerana kebanyakan maksiat, kekufuran yang berlaku adalah disebabkan oleh kejahilan dan kejahilan yang paling hina ialah tida mengenal tuhannya ( Abu al-A’la Al Maududi 2006 ).
Justeru menurut al-Syahid Syed Qutb (2009) Pendidikan Rabbani membentuk para pelajar yang menjalani kehidupan di dunia dan menjalinkan hubungan sesama manusia dengan tujuan semata-mata kerana Allah dan mengikut aturan-aturan yang telah digariskan-Nya bagi mencapai kesempurnaan Islam dan iman.
- SELAMAT HARI GURU -

Friday, May 13, 2011

Kongsi kajian...

Kenapa Yahudi Bijak….satu pengalaman

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran – admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri. Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai ‘Mengapa saya gemarkan tomato! ‘ Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Monday, May 9, 2011

Muhasabah Sejenak...

Sejarah Hari Ibu berasal dari agama Pagan


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.
Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang fakir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.


Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.


Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Wednesday, May 4, 2011

NASIHAT DAN PANDUAN UTK PELAJAR KPMIM

SELAMAT MENDUDUKI EXAM
Salam sayang untuk semua pelajar KPMIM yg sedang bertungkus lumus menjawab soalan final exam.Semoga semua urusan kita dimudahkan oleh Allah SWT serta dikurniakan keputusan yang baik. Kita hanya mampu berusaha namun ketentuannya adalah milik Allah. Apabila Allah menyuruh kita belajar dan berusaha maka kita hendaklah beriktikad bahawa suruhan Allah itu tidak sia-sia. Justeru mengikut hukum akal, siapa yg berusaha dia pasti berjaya dan siapa yang malas bersedialah untuk menjadi kuli dan orang suruhan. Pasaran kerja terlalau mencabar..samaada anda ingin bekerja dengan otak, kemahiran atau tenaga..andalah yang membuat keputusan. Anda ingin bekerja dalam pejabat atau ditengah terik matahari semua berdasarkan usaha anda.
Disamping kesibukan mengejar kemajuan dunia, perlu diingatkan bahawa akhirat janganlah dilupakan kerana itulah hakikat sebenar kejadian kita. Jagalah hubungan dengan Allah SWT dan orang sekeliling kita terutama yang banyak berjasa dengan kita. Tiada gunanya kita berjaya, harta banyak, jawatan tinggi tapi hidupbergelumang dosa dan dicemuh masyarakat. Kebahagiaan sebenar ialah apabila kita mampu menggunakan nikmat Allah untuk tujuan ketaatan dan kebajikan. Carilah kemanisan iman  dengan bersolat , ketangan jiwa dengan bacan al-Quran dan zikrullah dan terokailah kebahgiaan hidup dengan menghubungkan silaturrahim sesama muslim. Jagalah agama di mana jua anda berada. Moga kita digolongkan dalam kalangan ahli syurga. Aminn.

PENDAFTARAN DIPLOMA ONLINE
Kepada semua pelajar PIP Jan Jun 2011 boleh mendaftar diploma secara online bermula sekarang hingga 15 Mei 2011. Pelajar boleh melayari laman web UPIM ONLINE sebagaimana di bahagian perkongsian di ruangan sebelah kanan (Blog ini) beberapa perhatian perlu diambil:
1.      Semua pelajar wajib mengisi pendaftaran diploma online ini sekiranya tidak anda dikira tidak berminat untuk menyambung diploma.
2.     Pastikan no kp dan id betul  sebelum log in dan diisi mengikut format yang di terangkan.
3.     Baca arahan dengan teliti sebelum mengisi borang
4.     Sila buat pilihan kursus , dan tempat pengajian yang betul dan “puas hati” sebelum klik butang send
5.     Apabila telah send tidak dapat di ubah lagi
6.    Sebarang masalah seperti tidak dapat log in sila hubungi saya segera.
7.     Sebaik-baiknya isi sebelum pulang ke kampug supaya jika ada masalah senang untuk diuruskan.
8.     Keputusan exam akan dikeluarkan secara online sila hubungi pihak kolej untuk maklumat terkini. Sijil PIP akan diposkan (bagi yang menghantar sampul surat pos laju shj) berdasarka alamat ang diberikan.
9.     Selamat bercuti, gud lak untuk semua.. walaupun selalu marah ustaz sayang awak semua. semoga jumpa lagi . Untuk berhubung dengan saya boleh buka blog ini atau fb Hafizi Yusof.tq