Wednesday, July 27, 2011

Ahlan ya Ramadhan.. Puasa 6 berturut2 bidaah makruhah??

Salam utk semua..baru2 ni Pok Din roti canai (Indera Sempurna) ada tunjukkan buku yg mengatakan bahawa puasa 6 hari secara bertutut2 selepas 1 syawal termasuk dalam kategori bidaah mahruhah..saya tak bercadang nak mengulas siapa pengarang dan apa aliran pengarangnya. Lagipun saya bukanya ahli dalam bab fiqh utk mengulas pendapat orang lain..sebagai pencerahan saya postkan satu artikel di sini ..moga2 dapat difahami..selebihnya sila rujuk ustaz2 lain yang pakar dalam bab fiqh:


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh....
Bismillahirrahmaanirrahiim....

Berikut adalah Hukum Puasa serta Dalil Hadist Nabi Muhammad.saw tentang keutamaan Puasa Sunnah 6 Hari di Bulan Syawal :

Hukumnya adalah sunnah:
“Ini adalah hadits shahih yang menunjukkan bahwa berpuasa 6 hari pada Syawal adalah sunnah. Asy-Syaafi’i, Ahmad dan banyak ulama terkemuka mengikutinya. Tidaklah benar untuk menolak hadits ini dengan alasan-alasan yang dikemukakan beberapa ulama dalam memakruhkan puasa ini, seperti; khawatir orang yang tidak tahu menganggap ini bagian dari Ramadhan, atau khawatir manusia akan menganggap ini wajib, atau karena dia tidak mendengar bahwa ulama salaf biasa berpuasa dalam Syawal, karena semua ini adalah perkiraan-perkiraan, yang tidak bisa digunakan untuk menolak Sunnah yang shahih. Jika sesuatu telah diketahui, maka menjadi bukti bagi yang tidak mengetahui.”  [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Buhuuts wal Ifta’, 10/389]



Dalil puasa Syawal  adalah:

Dari Abu Ayyub rodhiyallahu anhu: “Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup’.” [Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, At-Tirmidzi 1164]

Riwayat lain: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun.”

Pada hadits ini terdapat dalil tegas tentang dianjurkannya puasa enam hari di bulan Syawal dan pendapat inilah yang dipilih oleh madzhab Syafi’i, Ahmad dan Abu Daud serta yang sependapat dengan mereka. Sedangkan Imam Malik dan Abu Hanifah menyatakan makruh. Namun pendapat mereka ini lemah karena bertentangan dengan hadits yang tegas ini. (Lihat Syarh An Nawawi ‘ala Muslim, 8/56)



Para ulama mengatakan bahwa berpuasa seperti setahun penuh asalnya karena setiap kebaikan semisal dengan sepuluh kebaikan yang semisal : Bulan Ramadhan (puasa sebulan penuh) sama dengan (berpuasa) selama sepuluh bulan (30 x 10 = 300 hari = 10 bulan) dan puasa enam hari di bulan Syawal sama dengan (berpuasa) selama dua bulan (6 x 10 = 60 hari = 2 bulan). (Lihat Syarh Muslim, 4/186, Mawqi’ Al Islam, Asy Syamilah)

Jadi seolah-olah jika seseorang melaksanakan puasa Syawal dan sebelumnya berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan, maka dia seperti melaksanakan puasa setahun penuh.



Hal ini dikuatkan oleh sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa berpuasa enam hari setelah Idul Fitri, maka dia seperti berpuasa setahun penuh. [Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh kebaikan semisal] (QS. Al An’am ayat 160).” (HR. Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, dari Tsauban (bekas budak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam).

Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Lihat Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 1007) Satu kebaikan dibalas dengan sepuluh kebaikan semisal dan inilah balasan kebaikan yang paling minimal. (Lihat Fathul Qodir, Asy Syaukani, 3/6, Mawqi’ At Tafaasir, Asy Syamilah dan Taisir Al Karimir Rahman, ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di, hal. 282, Muassasah Ar Risalah, cetakan pertama, 1420 H)

Sumber: Blog Abu Azka - Artikel Islam

Tuesday, July 19, 2011

Mari bertadarus al-Quran

Pejam celik pejam celik kita sudah menghampiri bulan Ramadhan lagi bagi sessi 1432H. Bulan ramadhan bulan tarbiyyah..itulah yang biasa diungkapkan oleh para ustaz atau penceramah di mana-mana sahaja. Jika di “reverse” sedikit slot-slot kehidupan kita sebagai muhasabah, sejauh manakah Ramadhan tahun lepas telah mentarbiyyahkan diri kita? Semoga Ramadhan tahun ini menjanjikan satu lagi peluang untuk kita mentarbiyyahkan diri kita kearah menjadi hamba Allah yang lebih bertakwa..Insya Allah.
Antara ibadah yang sering diamalkan serta telah menjadi ibadah “trade mark” di bulan Ramadhan selepas solat tarawih  ialah amalan bertadarus al-Quran. Ia sesuai dengan kemuliaan bulan Ramadhan itu sendiri sebagai bulan yang diturunkan padanya al-Quran sebagaimana firman Allah SWT:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
“Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)”.                                                                                                                                (al-Baqarah : 185)
Mempelajari serta istiqamah dalam membaca ayat-ayat suci al-Quran sangat dituntut dalam Islam apatah lagi sekiranya di lakukan di bulan Ramadhan yang mulia di mana gandaan pahalanya telah dijanjikan oleh Allah SWT melalui hadis-hadis yang ma’ruf. Sabda Rasulullah:
مَاْ تَقَرَّبَ الْعِبَاْدِ إِلَى اللهِ تعالى بـِمِثْلِ مَا خَرَجَ مِنْهُ يَعْنِيْ الْقُرْآنَ
“Tidaklah  hamba-hamba itu mendekatkan diri mereka dengan Allah seumpama apa yang keluar dariNya (yakni yang datang dari Allah) iaitulah al-Quran”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, at-Thabrani dari Abu Umamah r.a.)
Selain membaca al-Quran secara berseorangan, membaca dalam satu kumpulan atau halaqah segara bergilir-gilir (sambil didengari oleh yang lain serta membetulkan bacaan sekiranya terdapat kesalahan) juga merupakan satu amalan yang sangat dituntut. Amalan ini dikenali oleh masyarakat Islam sebagai bertadarus al-Quran. Perkara ini telah diterangkan oleh Junjungan besar kita sebagaimana sabdanya:
مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِيْ بَيْتٍ مِنْ بُيُوْتِ اللهِ يَتْلُوْنَ كِتَاْبِ اللهِ وَ يَتَدَاْرَسُوْنَهُ فِيْمَاْ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِيْنَةُ وَ غَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَ حَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَ ذَكَرَهُمُ اللهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ
“Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka (yakni bertadarus), maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud)
Amalan bertadarus di bulan Ramadhan juga telah menjadi amalan Rasulullah bersama malaikat Jibril sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa “Pada setiap malam di bulan Ramadhan malaikat Jibri datang kepada Rasulullah SAW  untuk bertadarus al-Quran dengan baginda (riwayat al-Bukhari).
Menurut amalan masyarakat Islam dari dahulu hingga sekarang terdapat beberapa cara bertadarus yang diamalkan berdasarkan tahap dan kemampuan masing-masing:
1.       Membaca ayat  al-Quran samaada seorang atau beberapa orang dan diselangi dengan terjemahan. Cara ini lebih menjuruskan kepada penekanan terhadap  hukum tajwid dan pemahaman ayat al-Quran serta tiada target untuk khatam pada bulan ramadhan tersebut. Ini kerana cara ini agak lambat dan peserta tadarus tidak boleh membaca dengan jumlah yang banyak seperti 1 juzuk semalaman kerana memerlukan masa yang panjang. Namun ia dianggap lebih berkesan kerana bukan sahaja mempelajari bacaan bahkan maksud ayat sekali bahkan ianya termasuk dalam maksud hadis di atas iaitu… “membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka ” iaitu mempelajari maksud ayatnya.
2.       Membaca secara berkumpulan dalam satu atau beberapa halaqah dengan bertujuan untuk khatam pada bulan tersebut. Cara ini sesuai bagi golongan yang sudah agak lancar membaca al-Quran. Penekanan hanya ditumpukan pada hukum-hukum tajwid tanpa mengambil kira bacaan tafsir al-Quran. Jika seorang ahli membaca, ahli-ahli yang lain mendengar dan menyemak bacaan beliau dan saling menegur sekiranya terdapat kesalahan bacaan. Selepas satu muka (biasanya) peserta seterusnya  akan menyambung dan disemak oleh ahli yang lain dan begitulah seterusnya. Cara ini merupakan cara yang banyak diamalkan dalam masyarakat Islam. Ia dilakukan selepas solat tarawih atau selepas solat subuh di surau-surau atau masjid. Setelah khatam mereka akan meraikannya dengan majlis khatam al-Quran dengan mengadakan jamuan berbuka puasa secara jamaie di masjid tersebut.
3.      Bertadarus  tanpa melihat kepada Mushaf. Cara ini biasanya dilakukan oleh golongan huffaz al-Quran yang telah menguasai ilmu tajwid atau kebanyakan maksud al-Quran. Ia bertujuan untuk mentaqrir hafazan disamping memperkemaskan penguasaan tajwid darisegi amali. Caranya sama sahaja dengan cara yang kedua cuma bezanya ia dibaca secara hafazan dan kadar bacaannya agak panjang bagi seorang ahli iaitu satu maqra’ atau rubu’ atau hizib. Cara  ini juga diamalkan ketika saya belajar di Maahad Qiraat al-Azhar, Mesir.
Apa jua cara yang dipilih semuanya terdapat kelebihan yang tersendiri. Justeru kita boleh memilih mana-mana cara yang dirasakan terbaik dan sesuai dengan kemampuan ahli halaqah. Yang penting ialah kita bersungguh-sungguh untuk mempelajari serta membaca al-Quran dengan Istiqamah terutamanya di bulan mulia yang bakal mendatang. Ini juga bertepatan dengan maksud firman Allah:
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ أُولَئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ
Maksudnya : Orang-orang yang kami telah berikan kitab dan mereka membacanya dengan bersungguh-sungguh (bacaan yang sebenar) mereka itulah golongan yang beriman dengannya.
                                                                                                                         (al-Baqarah: 121)
Semoga dengan kesungguhan kita membaca al-Quran Allah SWT akan menambah keimanan kita, melipatgandakan amalan kita, memperelokkan akhlak dan membersihkan hati kita serta memberikan hidayah kepada kita untuk mematuhi arahan dan laranyan-Nya seterusnya mencapai objektif di bulan Ramadahan sebagai madrasah Taqwa. Insya Allah. Selamat beramal… Ibnu Yusuf al-Syubrowi

Friday, July 15, 2011

AHLA WA SAHLAN YA SHAYKHAY AL-AZHAR

Semalam, Selepas solat magrib di rumah dan ketika anak-anak mula nak mengaji al-Quran tiba-tiba kedengan seperti suara seseorang sayup-sayup memberi salam. Ana cuba membuka tingkap, bimbang juga magrib-magrib begini takut-takut  perkara yang tak diingini. Kelihatan Hj fauzi Tabligh (Imam surau Indera Sempurna) dan beberapa Jamaah berada di hadapa rumah. Lantas ana membuka pintu, dan mengalu kedatangan mereka. Dalam kesamaran lampu jalan Hj Fauzi memperkenalkan Jamaah Tabligh yang datang menziarahi- dari Mesir. Dalam hati terdetik..ermm ni mesti geng-geng  ustaz lain tiada di surau dan nak minta translate bayan la ni.. Sangkaan ana meleset sekali, apabila Hj Fauzi memperkenalkan bahawa dua orang jamaah tersebut bukannya datang ke surau Taman Indera Sempurna, tetapi beliau merupakan dua orang Sheikh al-Azhar yang datang ke Malaysia, Kuantan atas urusan dakwah. Beliau datang kerumah ana semata-mata untuk menziarahi bekas pelajar al-Azhar,  Mesir. Difahamkan beliau juga telah menziarahi pengerusi surau (Ust Ayyub).
                Sheikh Isa Atiyyah sempat dengan ana di Mahad Qiraat al-Azhar tetapi tidak mengajar kelas ana. Beliau se zaman dengan syeikh Ahmad Rahim (mengajar Thn 3 Tahkassus) dan senior setahun drpr Sheikh Sayyid Abdul Majid (Hakim Musabaqah  Antarabangsa KL)
Kedatangan dua  orang ulamak  al-Azhar ini benar benar membuatkan  ana terasa teruja kerana sudi meluangkan masa untuk memberikan sedikit taujihat dan irsyadat kepada kami. Banyak nasihat yang diberikan kepada ana oleh Fadhilat al-Sheikh Isa Atiyyah dan Sheikh Ahmad Fathi. Beliau menekankan amanah sebagai Hamalatul Quran serta menggunakan segala ilmu kurniaan Allah untuk disebarkan kepada Umat Islam. Beliau juga menekankan supaya mempergiatkan kegiatan dakwah terutamanya kepada golongan-golongan yang tidak mendekati kita.
Masa berlalu begitu pantas, ana begitu khusyuk mendengar nasihat dan cerita dari sheikh sambil sekali sekala mencelah dalam kepelatan bahasa arab (almaklumlah dah lama tinggal b. arab). Akhirnya beliau meminta izin untuk berundur kerana masa tidak mengizinkan.
Hari ini (Jumaat 16/7/2011) ana berpeluang pergi ke tempat Syeikh Isa Atiyyah (Surau Pandan Damai) untuk berbincang dan meminta tunjuk ajar dalam masalah al-Quran wal Qiraaat. Sempat juga ana tasmik surah al-Rahman dan surah al-Toriq dengan beliau dan  juga bergambar degannya  sebagai “ahla zikrayat”. Antara hasil perbincangan dan perkara yang ditekankan oleh sheikh ialah:
1.       Hendaklah sentiasa memuliakan ulamak wlaupun terdapat beberapa pandangan mereka yang terkeluar daripada pandangan majority umpamanya pandangan al-Tabari terhadap tarjih dan tafdhil bayna al-Qiraat. Ketika bercakap beliau tidak putus-putus mendoakan kebaikan dan keampunan utk al-Tabari dan juga kami.

2.       Cara wakaf pada huruf lam seperti (من قبل)sukun    dan bertashdid (بل هم اضلَ)

3.      Ghunnah pada huruf-huruf  Istila’ )terutama ق  ) dan    martabatnya.

4.      Pengesahan tentang cara Imalah dan taqlil yang sebenar.

5.      Dan beberapa perkara berkaitan al-quran & qiraat.

Pertemuan diakhiri dengan sessi bergambar sebagai kenangan dan beliau menanyakan ana adakah merindui Mesir?..tempat jatuh lagi dikenang apa lagi tempat belajar..Insya Allah akan sampai…barakallah ya Sheikh..wa Baraka alaina jami’an..
Ibn Yusuf al-Syubrowi