Saturday, August 23, 2014

Kekasih Awal Dan Akhir


 

Al-Kisahnya..Selepas mendapat tawaran bertugas di negeri kelahiran..aku telah mula rapat dengan kekasih lamaku. Sebenarnya beliau merupakan temanku sejak berumur 5 tahun kalau x silap..tapi berkawan masa kecil2 kadang2 tak dapat merasai kemanisan dan tak ada rasa “ghraa” bila bersama. Kami berkawan dan bersama dari sek. Rendah hinggalah sekolah menengah..iaitu sek. (Dato hj Ababs sekarang-juga sekolah isteri ) Namun Aku mula mengenali dan benar2  rapat dengan beliau selepas memasuki  Mahad Tahfiz al-Quran Terengganu. Hubungan kami terus terjalin erat walaupun aku meneruskan pengajian di Mesir..bak kata orang tua2 kalau dah cinta..lautan api tak mampu memisahkan..

Selepas pulang dari Ardu Kinanah dan menceburi bidang pekerjaan hubungan kami agak sedikit terjejas..walaupun kami masih berhubung namun kadang-kadang kerana kesibukan masa dan tugas kami tidak dapat berdating sekerap yang dulu.. ditambah lagi apabila aku mula melangkah ke alam perkahwinan dan dianugerahkan anak2 yang semakin bertambah dari setahun ke setahun.. hubungan kami masih berjalan namun tidak semesra dan seintim ketika zaman belajar dahulu..aku merasai perkara ini..dan aku dapat rasakan beliau seolah2 merajuk pada ku..pernah beliau cuba berjauhan dariku..dan aku terpaksa berusaha keras untuk kembali mendampinginya. Betullah agar sukar utk memujuk bila dah merajuk..namun bila berhasil terasa sangat nikmat perhubungan tersebut..walaupun kekadang kesibukan duniawi menyebabkan aku juga tak sempat memujuknya hingga lama beliau merajuk..

Ditakdirkan Allah..aku dapat peluang bertugas di tanah air..Terengganu..maka bermulalah episode seterusnya dalam hidupku..Aku pulang tanpa membawa keluarga kerana kekangan urusan pertukaran isteri..(hanya membawa seorang anak balik bersama). Kejauhan dari keluarga dan anak2 menjadikan masa aku agak lebih. Kesempatan ini aku ambil utk berdampingan kembali dengan kekasih lama ku..kami punya masa utk berborak2..saling mengenali dengan lebih mendalam tentang diri masing2. Kami mula menetapkan masa utk berdating agak kerap dlm masa sehari. Tambahan kerja di UniSZA  dalam bidang yang sama dengan beliau menyebabkan kami semakin sering berurusan bersama. Kini kami benar2 rapat..boleh dikatang sejurus selepas solat subuh..sebelum ke tempat kerja, pasti aku akan menguhubungi utk berborak2 dengan beliau …dalam kereta otw kerja pun sempat lagi calling2..sebelum masuk kerja pun sempat lagi “mukaddimah” ambil berkat..kini baru aku tahu nikmat bertemu kembali dengan kekasih lama..dan kami berjanji takkan berpisah lagi..kami akan bersama hingga kesyurga..beliau juga telah berjanji n sanggup menemani ku walaupun di alam Kubur sekiranya aku benar2 setia..ya Allah redhakanlah perhubungan kami..

Isteriku walaupun agak sedih kerana berjauhan denganku..tapi aku yakin beliau juga redha dan gembira dengan keadaanku..I. Allah lambat laun beliau juga akan dapat bertukar dan tinggal bersama kami..secara kebetulan nama isteriku yg tercinta ini..dan nama kekasihku adalah sama..isteriku Nurul Huda..manakala kekasihku al-Huda..tapi nama beliau yg glamer ialah al-Quran al-karim..

Monday, May 13, 2013

RENUNGAN PASCA PRU 13

Salam.. Ah..sudah lama x usik blog ni..dulu sibuk dgn tesis..then demam p,raya.. sebagai pembuka bicara pasca pilihanraya ini... sy just nak kongsi arrtikel ini sekadar renungan semua..terima atau x terpulang masing2..x semestinya semua fakta betul..dan mustahil semua faktanya salah.. politik matang x perlu marah2 ..emosional..berhujjah dgn cara terbuka..sbb kita negara demokrasi...
Tolong baca dgn ikhlas dan hati terbuka...MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA…

Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-

1. Rafizi (PKR) menang vs Garu Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

Kesimpulannya :
Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-

1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.
Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)
4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)


Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.
Kredit utk c Suhaimi...

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/05/menolak-auta-dengan-fakta.html#ixzz2TDXX5ZY4

Sunday, June 10, 2012

MOTIVASI AL-QURAN


MOTIVASI AL-QURAN

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ( يقال لصاحب القران اقرأ و ارتق
 ورتل كما كنت ترتل في الدنيا فإن منزلتك عند آخر آية تقرؤها ) . (صحيح الجامع 8122(

Hadis di atas adalah salah satu daripada himpunan hadis-hadis tentang kelebihan membaca al-Quran. Kalau kita mentelaah a buku-buku tentang kelebihan membaca al-Quran atau membuat carian di google tentang perkara ini..maka kita akan lihat secara teorinya banyak kelebihan-kelebihan yang disusun oleh para ulama berdalilkan al-Quran sendiri atau hadis Rasulullah SAW. Kalau guru-guru al-QAran atau pelajar takhassus al-Quran mungkin sebahagian dalil atau hadis-hadis tersebut telah cair di mulut mereka. Namun begitu berapa ramaikan di antara kita yang istiqamah membaca al-quran setiap hari? Banyak mahupun sedikit? Orang awam golongan agama atau para huffaz sendiri?Kita mampu membuat rutin harian sehingga berjam-jam sehari namun sesetengah kita mungkin merasakan 15 minit untuk membaca al-Quran adalah terlalu lama.

     Bermacam-macam alasan diberikan… ada yang tidak membaca nya dengan alasan tidak pandai atau tidak lancar. Tetapi bagaimana pula dengan golongan yang sudahkhatam, sudah pandai dan lancar tetapi masih  tidak menjadikan bacaan al-Quran sebagai amalan hariannya?Apa pula alasannya? Tidak kira siapapun kita.. Orang awam mahupun golongan agama sendiri tambahan lagi yang bergelar  “ al-Hafiz” al-Quran haruslah dibaca, difahami serta di amalkan dalam kehidupan seharian.

    Sebagai panduan untuk melazimi kalam Allah yang suci ini saya titipkan beberapa cadangan sebagai langkah untuk menjadikan al-Quran sebagai bacaan amalan harian.

1.       Menetapkan jadual untuk membaca al-Quran dalam sehari. Umpamanya selepas magrib atau selepas subuh atau sebelum memulakan kerja. Tidak perlu habiskan sejuzuk..cukup 5- 15 minit bergantung kepada keadaaan. Paling kurang cubalah istiqomah paling kurang 10 ayat sehari sesuai dengan Hadis rasulullah SAW:

”Rasulullah saw bersabda,”Barang siapa membaca sepuluh ayat dalam satu malam,maka ia tidak akan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang lalai.’’(HR Imam Hakim)

Boleh juga diamalkan bacaan hafazan surah-surah yang masyhur ketika memandu pergi atau balik kerja. Sekiranya kita tidak slotkan  bacaan al-Quran dalam jadual harian kita nescaya kita akan sentiasa akan disibukkan oleh dunia yang tak berkesudahan.



2.       Biasakan membaca surah ketika solat sunat atau solat sendirian. Sekiranya tidak menghafaz surah-surah yang panjan,g ayat lazim pun memadai. Cuka ubah kebiasaan dengan  cukup sekadar membaca fatihah kemudia terus rukuk. Dalam masa yang sama kita berusaha untuk menambah hafazan kita.



3.      Amalkan puasa  sunat. Ini kerana orang yang berpuasa hatinya akan lebih jinak kepada ibadah dan banyak masa dapat diluangkan. Justeru gunakan ianya untuk membaca al-Quran



4.      Solat berjamaah di masjid atau surau. Kedatangan awal kemasjid membolehkan kita membaca al-quran sambil menunggu waktu azan atau sebelum pulang kerumah walaupun satu muka surat. Sekurang-kurangnya boleh mengikuti bacaan Imam.

5.      Menjadikan al-Quran sebagai zikir atau doa harian. Dengan itu secara tidak langsung kita telah membaca al-Quran umpamanya doa-doa al-ma’thurat doa menaiki kenderaan pergi dan balik kerja..doa sebelum belajar dan sebagainya.

    Ingatlah para ulamak terdahulu mampu mengkhatamkan al-Quran dalam masa beberapa  hari walaupun sibuk dengan penulisan kitab dan mengajar ilmu. Semua ini adalah hasil keberkatan dari Allah diatas usaha mereka yang istiqamah membaca al-Quran. Sebagai motivasi mari kita lihat kesungguhan  para sahabat dalam mengkhatamkan al-Quran sebagaimana yang diceritakan di dalam hadis yang banyak. Antaranya:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فِي كَمْ أَقْرَأُ الْقُرْآنَ؟ قَالَ اخْتِمْهُ فِي شَهْرٍ، قُلْتُ إِنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ؟ قَالَ اخْتِمْهُ فِي عِشْرِينَ، قُلْتُ إِنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ؟ قَالَ اخْتِمْهُ فِي خَمْسَةَ عَشَرَ، قُلْتُ إِنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ؟ قَالَ اخْتِمْهُ فِي عَشْرٍ، قُلْتُ إِنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ؟ قَالَ اخْتِمْهُ فِي خَمْسٍ، قُلْتُ إِنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ؟ قَالَ فَمَا رَخَّصَ لِي - رواه الترمذي والدارمي

Dari Abdullah bin Amru bin Ash ra, aku berkata kepada Rasulullah SAW, ”Wahai Rasulullah seberapakah aku (seharusnya) membaca Al-Qur'an?” Beliau menjawab, 'Khatamkanlah Al-Qur'an dalam satu bulan.” Aku berkata, “Aku sanggup lebih baik dari itu wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Khatamkanlah dalam dua puluh hari.” Aku berkata lagi, “Aku sanggup lebih baik dari itu wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Khatamkanlah dalam lima belas hari.” Aku berkata lagi, “Aku sanggup lebih baik dari itu wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Khatamkanlah dalam sepuluh hari.” Kemudian aku berkata lagi, “Aku sanggup lebih baik dari itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Khatamkanlah dalam lima hari”. Aku berkata lagi, “Aku sanggup lebih baik dari itu wahai Rasulullah?' Namun beliau tidak memperbolehkan lagi.” (HR. Turmudzi & Darimi)



     Tauladan dari para salafuss0leh boleh dijadikan motivasi bagi kita untuk memulakan langkah berjinak-jinak dengan al-Quran sebagaimana berikut:

  • Aswad bin Yazid An Nakha’i Al Kufi. Diceritakan bahwa beliau mengkhatamkan Al Qur`an dalam bulan Ramadhan setiap dua hari, dan beliau tidur hanya di waktu antara maghrib dan isya, sedangkan di luar Ramadhan beliau menghatamkan Al Qur`an dalam waktu 6 hari. (Hilyah Al Auliya (2/224)
  • Qatadah bin Diamah, dalam hari-hari “biasa”, tabi’in ini menghatamkan Al Qur`an sekali tiap pekan, akan tetapi tatkala Ramadhan tiba beliau menghatamkan Al Qur`an sekali dalam tiga hari, dan apabila datang sepuluh hari terakhir beliau menghatamkannya sekali dalam semalam .(Al Hilyah, 2/228).
  • Tabi’in lain, Abu Al Abbas Atha’ juga termasuk mereka yang “luar biasa” dalam tilawah. Di hari-hari biasa ia menghatamkan Al Qur`an sekali dalam sehari. Tapi di bulan Ramadhan, Abu Al Abbas mempu menghatamkan 3 kali dalam sehari. (Al Hilyah 10/302).

   Semoga kita tergolong di dalam janji Allah Sebagaimana hadis baginda SAW:“ Ahli al-Quran ialah ahli Allah dan orang keistimewaannya." Selamat beramal…
Ibn Yusuf al-Syubrowi




Friday, June 8, 2012

KEUTAMAAN BACAAN AL-QURAN





Segala puji bagi Allah. Shalawat dan salam semoga tercurahkan kepada junjungan dan kekasih kita, Rasulullah SAW, keluarga beserta para shahabat beliau. Amma ba’du; Al-Qur’an adalah kalam (firman) Allah. Keutamaannya atas segala perkataan seperti keutamaan Allah atas seluruh makhluk-Nya. Membacanya adalah amalan yang paling utama dilakukan oleh lisan.


Keutamaan Mempelajari, Mengajarkan dan Membaca al-Qur’an

· Pahala mengajarkannya: Sabda Nabi: “Sebaik-baik kalian adalah siapa yang mempelajari al-Qur’an dan mengajarkannya.” (Al-Bukhari).

· Pahala membacanya: Sabda Nabi: “Siapa saja membaca satu huruf dari kitab Allah (Al-Qur’an), maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya.” (At-Tirmidzi).

· Keutamaan mempelajari al-Qur’an, menghafalnya dan pandai membacanya:
Sabda Nabi: “Perumpamaan orang yang membaca al-Qur’an sedang ia hafal dengannya bersama para malaikat yang suci dan mulia, sedang perumpamaan orang yang membaca al-Qur’an sedang ia senantiasa melakukannya meskipun hal itu sulit baginya maka baginya dua pahala.” (Muttafaq ‘alaih). Dan sabda Nabi: “Dikatakan kepada ahli al-Qur’an, ‘Bacalah, naiklah dan bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membaca di dunia, karena kedudukanmu terletak pada akhir ayat yang kamu baca.” (At-Tirmidzi).
Al-Khaththabi mengatakan: “Disebutkan dalam atsar bahwa jumlah ayat al-Qur’an adalah sesuai dengan jumlah tingkatan dalam surga. Dikatakan kepada pembaca (al-Qur’an), ‘Naiklah dalam tingkatan sesuai dengan ayat al-Qur’an yang sebelumnya kamu baca (di dunia).’ Karena itu siapa yang membaca dengan sempurna seluruhnya al-Qur’an, maka ia menempati tingkatan surga yang paling atas di akhirat. Sedang siapa yang membaca sesuatu juz darinya, maka kenaikannya dalam tingkatan surga sesuai dengan bacaannya itu. Dengan demikian, akhir pahalanya adalah pada akhir bacaannya.

· Pahala bagi orang yang anaknya mempelajari al-Qur’an: “Siapa saja membaca al-Qur’an, mempelajarinya dan mengamalkannya, maka dipakaikan kepada kedua orangtuanya pada hari kiamat mahkota dari cahaya yang sinarnya bagaikan sinar matahari, dan dikenakan kepada kedua orangtuanya dua perhiasan yang nilainya tidak tertandingi oleh dunia. Keduanya pun bertanya-tanya:
“Bagaimana dipakaikan kepada kami semuanya itu?”, Dijawab: “Karena anakmu telah membawa al-Qur’an.” (al-Hakim)

· Al-Qur’an memberi syafa’at kepada ahlinya di Akhirat: Sabda Nabi: “Bacalah al-Qur’an, karena ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada para ahlinya.” (HR. Muslim). Dan sabda beliau: ”Puasa dan al-Qur’an keduanya akan memberikan syafa’at kepada seorang hamba pada hari Kiamat …” (Ahmad dan al-Hakim).

· Pahala bagi orang yang berkumpul untuk membaca dan mengkajinya: Sabda Nabi: “Tidak berkumpul suatu kaum di salah satu rumah Allah Ta’ala, sedang mereka membaca kitab-Nya dan mengkajinya, melainkan mereka akan dilimpahi ketenangan, dicurahi rahmat, diliputi para malaikat, dan disanjung oleh Allah di hadapan para makhluk yang di sisi-Nya.” (Abu Dawud).

Adab membaca al-Qur’an


Ada beberapa adab disebutkan oleh Ibnu Katsir, di antaranya:

1.       Tidak menyentuh al-Qur’an atau membacanya kecuali dalam keadaan suci.
2.       Bersiwak sebelum membacanya.
3.      Mengenakan pakaiannya yang terbaik.
4.      Menghadap kiblat.
5.      Berhenti membaca jika menguap.
6.      Tidak memotong bacaan dengan suatu perkataan kecuali memang ada keperluan.
7.      Pikirannya berkonsentrasi.
8.      Ketika melalui ayat yang berisi janji berhenti untuk memohon kepada Allah dan ketika melalui ayat yang berisi ancaman memohon perlindungan kepada-Nya.
9.      Tidak meletakkan al-Qur’an tercerai berai juga tidak meletakkan sesuatu di atasnya.
10.   Tidak saling mengeraskan bacaan terhadap orang lain.
11.    Tidak membaca di dalam pasar dan di tempat-tempat hiburan.

Bagaimana membaca al-Qur’an


Anas ketika ditanya tentang bacaan Nabi, ia menjawab: “Beliau senantiasa membaca dengan perlahan (sesuai dengan panjang pendeknya). Jika beliau membaca Bimillahirrahmanirrahim, beliau baca dengan perlahan Bismillah, beliau baca dengan perlahan Ar-Rahman dan beliau baca dengan perlahan Ar-Rahim.” (Al-Bukhari)


Pelipat-gandaan Pahala Bacaan

Setiap orang yang membaca al-Qur’an dengan ikhlas Lillah maka ia mendapatkan pahala. Namun pahala ini dilipatgandakan jika disertai dengan kehadiran hati, penghayatan dan pemahaman terhadap ayat yang dibaca. Maka satu huruf bisa dilipatgandakan pahalanya menjadi sepuluh kebaikan, bahkan tujuh ratus kali lipat.


Jumlah Ayat yang Dibaca Dalam Sehari Semalam


Para sahabat Nabi biasanya membuat untuk diri mereka sendiri sejumlah ayat al-Qur’an untuk dibaca setiap hari. Tidak seorang pun dari mereka yang senantiasa mengkhatamkan al-Qur’an dalam waktu kurang dari tujuh hari. Bahkan ada larangan berkenaan dengan mengkhatamkan al-Qur’an dalam waktu kurang dari tiga hari. Maka berupayalah dengan sungguh-sungguh saudaraku yang budiman, untuk memanfaatkan waktu Anda dengan membacanya. Buatlah untuk diri anda kadar bacaan harian, dan janganlah anda meninggalkannya dalam keadaan bagaimanapun.


Sedikit tapi terus menerus lebih baik daripada banyak namun terputus. Karena itu, jika anda lalai atau ketiduran maka laksanakan gantinya pada esok hari. Nabi bersabda: “Siapa saja tidur melupakan hizbnya atau sesuatu darinya, lalu membacanya pada waktu antara Shalat Subuh dan Shalat Zhuhur, maka dicatat baginya pahala seakan-akan ia telah membacanya di malam hari.” (Muslim).

Janganlah anda termasuk orang yang menjauhi al-Qur’an, atau melupakannya dengan cara apa pun, seperti menjauhi pembacaannya, pemahaman maknanya, pengamalannya, atau berobat dengannya.
 

(Nukilan: BINA MUSLIKM.COM Sumber: Tafsir Al-’Usyr Al-Akhir dari Al’Qur’an Al Karim Disertai Hukum-Hukum Penting Bagi Seorang Muslim)

Tuesday, April 3, 2012

Motivasi Perjuangan

10 ciri yang perlu ada pada diri seorang mukmin yang hebat. InsyaAllah -by acu-

Tuesday, February 14, 2012

Muhasabah diri sendiri..BILA SEDIH MELANDA

Bismillah..
Hari ini..diri ini dilanda kesedihan yang amat sangat.. beratnya masalah menimpa hanya Allah yg mampu memahaminya..Ya allah..KepadaMulah tempat aku mengadu..
Sambil menenangkan hati..sambil melayari internet.mencari kata2 motivasi...terjumpa artikel yang telah sekurang2 kurangnya membuatkan aku merasai sedikit ketenangan dan muhasabah diri..terima kasih kepada penulis..

BILA SEDIH MELANDA

"Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar. Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Yunus,64-65)

Doa dan Adab Tatkala Mengalami Kesedihan yang Mendalam

Kesedihan biasanya timbul karena beberapa faktor :

1. Kurangnya iman dan tawakkal kepada Allah
2. Usaha yang tidak atau belum berhasil
3. Kehilangan sesuatu yang amat dicintainya
4. Cita-cita yang tidak kesampaian
5. Banyaknya hutang yang sulit dibayar
6. Banyaknya tanggungan keluarga yang amat membebani dirinya
7. Terbelenggu orang lain
8. Ketinggalan dalam beramal saleh
9. Kesempatan yang telah disia-siakan
10. Merasa jauh dari Allah, dll.

Bagi orang beriman yang tawakkal, kesedihan tidak boleh berkelanjutan. Karana orang beriman yakin bahwa segala apa yang dimiliki manusia pada hakikatnya hanya titipan sementara dari Allah, yang suatu saat pasti akan dicabut kembali. Ketika kita mengalami kesedihan yang mendalam dan berkepanjangan, Nabi SAW menganjurkan untuk membaca doa-doa di bawah ini :

Jika kita merasa susah dan sedih, Nabi menganjurkan membaca doa:


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

"Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur 'Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur 'Arasy mulia."
(H.R. Bukhari-Muslim)


Jika kita sedang menghadapi urusan penting, Nabi menganjurkan untuk membaca


يا حي يا قيـوم برحمتك أستغيث

"Ya Allah yang Maha Hidup, Ya Allah yang Maha Mengatur. Kumohon pertolongan dengan rahmat-Mu" (H.R. Tirmidzi)


لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

"Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."(Q.S.Al-Anbiya : 87)


اللهم إني عبدك ابن عبدك ابن أمتك ناصيتي بيدك ماض في حكمك عدل في قضاؤك أسألك بكل اسم هو لك سميت به نفسك , أو أنزلته في كتابك, أو علمته أحدا من حلقك, أو استأثرت به في علم الغيب عندك أن تجعل القرأن ربيع قلبي ونور صدري وجلاء حزني وذهب همي

"Ya Allah, aku ini adalah hamba-Mu, putera dari hamba-Mu, selanjutnya putera dari umat-Mu. Ubun-ubunku berada dalam genggaman-Mu, menerima segala putusan-Mu, dan memandang adil apa juga hukum-Mu. Aku mohon denganasma apa juga yang Engkau sebutkan terhadap diri-Mu, atau Engkau turunkan pada kitab-Mu, atau pernah Engkau ajarkan kepada salah seorang di antara makhluk-Mu, atau Engkau simpan dalam perbendaharaan ghaib dari ilmu-Mu, agar Al-quran itu Engkau jadikan kembang hatiku, cahaya dadaku, pelenyap duka dan penghilang susahku."
(H.R. Ahmad dan Ibnu Hibban)


Adab Agar terhindar dari Kesedihan
1.Meluruskan kembali keyakinan bahwa Allah-lah pengatur segala ciptaan-Nya
2. Kita yakini bahwa Allah pasti memberikan yang terbaik bagi hamba-Nya
3. Kita yakini bahwa segala ujian pasti untuk meningkatkan keimanan, menghapus
dosa, meninggikan derajat, dan mendekatkan hamba-Nya ke sisi- Nya.
4. Kita yakini bahwa setiap orang sudah diqadar rezkinya, ada yang diluaskan dan
ada yang disempitkan
5. Keluasan dan kesempitan rezki di dunia bukan ukuran kemuliaan seseorang di
hadapan Allah
6. Setiap jatah rezki seseorang pasti akan diberikan oleh Allah sebelum orang itu
dicabut nyawanya, oleh karena itu tidak boleh berikhtiar dengan terlalu
memaksakan diri dan usaha yang tidak halal.

Sabda Nabi SAW :

إن روح القدوس نفث في روعي أنه لن تموت نفس حتى تستكمل رزقها و أجلها فاتقوا الله و أجملوا فى الطلب

"Sesungguhnya malaikat Jibril berbisik dalam hatiku, bahwa seseorang tidak akan mati sehingga ia menyelesaikan (jatah) rezki dan ajalnya. Karena itu bertakwalah kepada Allah dan baik-baiklah dalam berusaha mencarinya."
(H.R. Ibnu Hibban)


7. Bagi orang beriman, ketenteraman hati hanya ada pada dzikir kepada Allah.
Maka tiada yang dicari selain mendekatkan diri kepada Allah
8. Bagi orang beriman, menderita dalam ketaatan adalah sebuah kenikmatan
hidup.
9. Mendirikan solat malam, solat hajat dan solat sunnat
10.Membaca doa-doa di atas setiap saat, terutama ba'da solat fardhu, solat tahajjud dan
solat hajat, sebagaimana janji Allah melalui Rasul-Nya, Allah akan menghilangkan
kesedihan dan menyelesaikan segala urusan.
11.Jika kesedihan itu karena hutang-hutang yang susah terbayarkan, maka Nabi
mengajarkan doa berikut:


"Ya Allah, cukupilah kebutuhanku dengan yang halal dengan menghindarkan yang haram, dan jadikanlah daku berkecukupan demi kemurahan-Mu daripada selain-Mu" (H.R. Tirmidzy)


اللهم إني أعوذبك من الهم والحزن, و أعوذبك من العجز والكسل, وأعوذبك من الجبن والبخل وأعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa susah dan duka, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, serta aku berlindung kepada-Mu dari hutang yang tak terbayar dan dari belenggu orang lain." (H.R. Abu Umamah dan Abu Sa'id)


Sebenarnya, apabila kita bersedih, masih ad penyelesaiannya. Tatkala hati resah gelisah, penawarnya masih ad. Cuma, kadang-kadang kita terlupa bahawa, Allah sentiasa bersama kita. Apabila kita merasa sedih atau kecewa, kita boleh mengadu pada Allah. Allah Maha Mengetahui ap yg kita fikirkan dan ap yang kita perlukan.

Namun, kadang-kadang kita tidak dapat ap yang kita idam-idamkan. Kenapa? Allah s.w.t menjawab di dalam Al-Quran:

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan( ingatlah), Allah jualah yang mengetahui(semuanya itu,) sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah, 216)

Kita mungkin tidak dapat melihatnya dalam waktu terdkat namun, kita akan nampak hasilnya suati hari nanti.

Kadang-kadang kita terfikir bahawa mengapa kita diuji?

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Surah Al-Ankabut, 2-3)

Allah tidak akn menguji kita tanpa sebab. Allah mahu lihat sejauh mana keimanan
kita. Adakh kita akn terus dlm mghadapi pelbagai cubaan atau kita akan tersungkur di pertengahan jalan. Keputusan terletak di tangn kita. Kita tidak seharusnya berputus asa kerana sesungguhnya Allah berfirman:

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Mungkin kita merasa ujian itu berat tapi, sedarkah kita bahawa ap yang kita hadapi ini, tidak seberat yang dihadapi oleh kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. Kita perlu mengikuti Rasulullah kerana Nabi Muhammad itu adlh ikutan terbaik.

Sering kali kita mendengar kita sendiri atau mungkin orang lain mengatakan

"Arh!! Frustnyer ak.."

"Tekan weh hidup"

"Nok gile rasa.."

namun dalam sedar tidak sedar, Allah telah memberi semangat pada kita untuk terus berjuang.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (Surah Al-Imran ayat 139)

Memang tidak di nafikan bahawa kita sering kali ditimpa masalah. Dan memang ad cara untuk kita menghadapinya.

Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)

Seharusnya, kita perlu belajar daripada ap yg telah kita lalui. Kita tidak perlu merasa kecewa, sedih, gelisah dan seribu satu macam perasaan lagi kerana kita adalah orang-orang yang memiliki sumber kekuatan yang kuat.

Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga untuk mereka…?" (Surah At-Taubah ayat 111)


Sebagai hambaNya yang hina, kita patut kembali kepadaNya. Apabila kita melakukan kesalahn, kita perlu kembali pada Allah. Kita perlu mencari Allah kerana kita amat memerlukan Allah dalam hidup kita.

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)


Dan jangan sekali-kali kita mengatakan bahawa kita tidak tahan dengan ujian Allah. Memang kita akan merasai perasaan yang hadir dalam diri kita itu tapi, tiada yang tak dapat kita terus mengalah. Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman lagi:

"…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 12)

Jadi, kita perlu kuat menghadapi ujian hidup. Sebagai makhluk Allah, makhluk ciptaan Yang Maha Esa, kita tidak perlu merasa bimbang. Allah sentiasa menyayangi hamba-hambaNya yang beriman. Kita hanya perlu teruskan perjuangan tanpa menghirau dugaan-dugaan yang melanda. Kita akan jadi manusia yang tabah dan sabar. Kita akan dapat menghadapinya dengan baik jika kita mahu.





Wallahu'alam...

Monday, February 6, 2012

Mari berkenalan dengan ilmu tafsir

PENGENALAN &PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR
Dari sudut bahasa, tafsir bermaksud menerangkan. Menurut Lisan al-Arab ia juga memberikan makna menghuraikan kekusutan dan menghuraikan apa yang dikehendaki oleh lafaz yang musykil (keliru)  sebagaimana firman Allah:
Ÿwur y7tRqè?ù'tƒ @@sVyJÎ/ žwÎ) y7»oY÷¥Å_ Èd,ysø9$$Î/ z`|¡ômr&ur #·ŽÅ¡øÿs? ÇÌÌÈ                                                
(al-Quran,al-Furqan 25:33)
Maksudnya: Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis Segala yang mereka katakan itu).
Pemahaman tafsir dari sudut istilah ahli tafsir pula ialah suatu ilmu bagi memahami kitab Allah SWT yang diturun ke atas Muhammad SAW dan menerangkan maknanya. Manakala menurut al-Zarqani ilmu tafsir bermaksud ilmu yang membahaskan keadaan al-Quran al-Karim dari segi dilalah (petunjuk) mengikut  kehendak Allah dengan kadar kemampuan pemikiran manusia.
Dr. Salah Abd al-Fattah al-Khalidi dalam kitabnya  Tacrif al-Darisin bi Manahij al-Mufassirin telah membahagikan harakah al-Tafsir bermula semenjak zaman sahabat sehingga kini kepada empat marhalah iaitu:
1.        Marhalah al-Ta’sis
Iaitu tahap permualaan ilmu tafsir di zaman Rasuullah hinggalah zaman atba’ al-Tabicin. Pada tahap ini manhaj tafsir menjurus  kepada dua aliran iaitu:

a.      Tafsir bi al-Macthur- berpegang kepada kata-kata yang macthur yang terdiri daripada hadis Rasulullah, pendapat para Sahabah dan Tabicin.
b.      Tafsir al-Lughawi al-Bayani- Menerangkan makna kalimah al-Quran berdasarkan lughah iaitu darisegi isytiqaq dan tasrif al-afcal dan menggunakan bait-bait syair sebagai dalil dan penguat.
2.       Marhalah al-Tacsil

Marhalah ini bermula pada akhir kurun ke-3 Hijrah oleh Imam al-Tabari di mana beliau telah menggabungkan kedua aliran iaitu Tafsir bi al-Macthur dan Tafsir al-Lughawi al-Bayani dan ditambah dengan istinbat hukum serta tarjih terhadap pendapat yang menjadi pilihan beliau. Beliau juga telah mencipta manhaj yang tersendiri dalam tafsir beliau yang menafsirkan al-Quran secara keseluruhannya (mencakupi perbahasan dalam pelbagai bidang)  berdasarkan  turutan surah-surah, ayat-ayat dan jumlah-jumlah yang dinamakan sebagai Manhaj al-Jamic sesuai dengan nama kitab tafsir beliau iaitu Jamic al-Bayan can Tacwil Ayi al-Qur’an. Dimaksudkan dengan al-Manhaj al-Jamic ialah beliau menggabungkan tiga method penafsiran iaitu tafsir al-Quran dengan lughah, al-macthur (hadi s Rasulullah, kata-kata sahabat, tabicin dan atbac  tabicin) dan mengutamakan istinbat dan ijtihadnya sendiri.

3.       Marhalah al-Tafric

Selepas zaman al-Tabari (kurun ke 4 Hijrah) aliran penafsiran al-Quran berubah daripada Manhaj al-Jamic (perbahasan merangkumi semua bidang) kepada Manhaj al-Ghalib(perbahasan menjurus kepada kemahiran dalam bidang masing-masing). Oleh itu setiap Mufassirin akan menafsirkan al-Quran dengan memberatkan perbahasannya  mengikut kemahiran masing-masing seperti:
i.                    Bidang Nahu Arab oleh al-Zajjaj, al-Wahidi dalam kitabnya al-Basit, dan Abi Hayyan dalam kitabnya al-Bahr al-Muhit
ii.                  Bidang Falsafah oleh Fakh al-Razi dalam kitabnya Mafatih al-Ghayb
iii.                Bidang Fiqh oleh al-Jassas dan al-Qurtubi
iv.                Sejarah oleh al-Thaclabi dan al-Khazin
v.                  Fahaman Muctazilah oleh al-Rummani, al-Jubaci, al-Qadi Abd al-Jabbar dan al-Zamakhsyari
vi.                Tasawuf oleh Ibn al-cArabi dan Abu Abd al-Rahman al-Sulami
Aliran tafsir ini berterusan sehinggalah ke 14 Hijrah dan kitab-kitab tersebut boleh didapati serta dicetak oleh pelbagai cetakan sebagaimana yang terdapat sekarang.
4.      Marhalah al-Tajdid

Selepas kurun ke 14 Hijrah ilmu tafsir mula berkembang sesuai dengan keperluan zaman dan ilmu semasa. Justeru beberapa pembaharuan terhadap manhaj, method serta perbahasan ilmu dan kebudayaan yang moden telah berlaku terhadap penafsiran al-Quran. Hal ini berlaku bagi menyelesaikan permasalahan semasa yang melanda ummah berpandukan petunjuk al-Quran yang masih menepati asas-asas dan manhaj yang ditetapkan dalam ilmu tafsir dan tidak terkeluar dari maksud sebenar kalamullah.
        Penulisan tafsir pada tahap ini dicetuskan oleh Shaykh Muhammad Abduh yang telah memulakan satu dimensi baru dalam memahami al-Quran dan membebaskan kebekuan bertaklid yang diwarisi dari kurun-kurun sebelumnya. Method ini kemudiannya diwarisi oleh murid-muridnya termasuklah al-Syahid Hassan al-Banna yang menekankan gerakan dakwah Islam melalui platfom Ikhwan  Muslimin.
        Antara tafsir mucasarah yang mashyur ialah:
i.                    Mahasin al-Tacwil oleh Jamal al-Din al-Qasimi
ii.                  Tafsir al-Manar oleh Muhammad Rashid Reda
iii.                Fi  Zilal al-Qurcan oleh Sayyid Qutb
iv.                Al-Asas fi al-Tafsir oleh Said Hawa
v.                  Al-Tafsir al-Mawduici li al-Qur’an al-Karim oleh Muhammad al-Ghazali
vi.                Tafhim al-Qurcan Abu al-Acla al-Mawdudi
vii.              Tafsir al-Munir oleh Dr. Wahbah al-Zuhayli