MOTIVASI
AL-QURAN
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال : قال
رسول الله صلى الله عليه وسلم ( يقال لصاحب القران اقرأ و ارتق
ورتل كما كنت ترتل في الدنيا فإن
منزلتك عند آخر آية تقرؤها ) . (صحيح الجامع 8122(
Hadis di atas adalah salah satu daripada himpunan
hadis-hadis tentang kelebihan membaca al-Quran. Kalau kita mentelaah a
buku-buku tentang kelebihan membaca al-Quran atau membuat carian di google
tentang perkara ini..maka kita akan lihat secara teorinya banyak
kelebihan-kelebihan yang disusun oleh para ulama berdalilkan al-Quran sendiri atau
hadis Rasulullah SAW. Kalau guru-guru al-QAran atau pelajar takhassus al-Quran
mungkin sebahagian dalil atau hadis-hadis tersebut telah cair di mulut mereka.
Namun begitu berapa ramaikan di antara kita yang istiqamah membaca al-quran
setiap hari? Banyak mahupun sedikit? Orang awam golongan agama atau para huffaz
sendiri?Kita mampu membuat rutin harian sehingga berjam-jam sehari namun sesetengah
kita mungkin merasakan 15 minit untuk membaca al-Quran adalah terlalu lama.
Bermacam-macam alasan diberikan… ada yang tidak
membaca nya dengan alasan tidak pandai atau tidak lancar. Tetapi bagaimana pula
dengan golongan yang sudahkhatam, sudah pandai dan lancar tetapi masih tidak menjadikan bacaan al-Quran sebagai
amalan hariannya?Apa pula alasannya? Tidak kira siapapun kita.. Orang awam
mahupun golongan agama sendiri tambahan lagi yang bergelar “ al-Hafiz” al-Quran haruslah dibaca,
difahami serta di amalkan dalam kehidupan seharian.
Sebagai panduan untuk melazimi kalam Allah yang suci
ini saya titipkan beberapa cadangan sebagai langkah untuk menjadikan al-Quran
sebagai bacaan amalan harian.
1.
Menetapkan jadual untuk membaca al-Quran dalam sehari.
Umpamanya selepas magrib atau selepas subuh atau sebelum memulakan kerja. Tidak
perlu habiskan sejuzuk..cukup 5- 15 minit bergantung kepada keadaaan. Paling
kurang cubalah istiqomah paling kurang 10 ayat sehari sesuai dengan Hadis
rasulullah SAW:
”Rasulullah saw bersabda,”Barang siapa membaca sepuluh ayat dalam satu
malam,maka ia tidak akan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang
lalai.’’(HR Imam Hakim)
Boleh juga diamalkan bacaan hafazan surah-surah yang
masyhur ketika memandu pergi atau balik kerja. Sekiranya kita tidak
slotkan bacaan al-Quran dalam jadual
harian kita nescaya kita akan sentiasa akan disibukkan oleh dunia yang tak
berkesudahan.
2.
Biasakan membaca surah ketika solat sunat atau solat
sendirian. Sekiranya tidak menghafaz surah-surah yang panjan,g ayat lazim pun
memadai. Cuka ubah kebiasaan dengan cukup sekadar membaca fatihah kemudia terus
rukuk. Dalam masa yang sama kita berusaha untuk menambah hafazan kita.
3.
Amalkan puasa sunat. Ini kerana orang yang berpuasa hatinya
akan lebih jinak kepada ibadah dan banyak masa dapat diluangkan. Justeru
gunakan ianya untuk membaca al-Quran
4.
Solat berjamaah di masjid atau surau. Kedatangan awal
kemasjid membolehkan kita membaca al-quran sambil menunggu waktu azan atau
sebelum pulang kerumah walaupun satu muka surat. Sekurang-kurangnya boleh
mengikuti bacaan Imam.
5.
Menjadikan al-Quran sebagai zikir atau doa harian.
Dengan itu secara tidak langsung kita telah membaca al-Quran umpamanya doa-doa
al-ma’thurat doa menaiki kenderaan pergi dan balik kerja..doa sebelum belajar
dan sebagainya.
Ingatlah para ulamak terdahulu mampu mengkhatamkan
al-Quran dalam masa beberapa hari
walaupun sibuk dengan penulisan kitab dan mengajar ilmu. Semua ini adalah hasil
keberkatan dari Allah diatas usaha mereka yang istiqamah membaca al-Quran.
Sebagai motivasi mari kita lihat kesungguhan para sahabat dalam mengkhatamkan al-Quran
sebagaimana yang diceritakan di dalam hadis yang banyak. Antaranya:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فِي
كَمْ أَقْرَأُ الْقُرْآنَ؟ قَالَ اخْتِمْهُ فِي شَهْرٍ، قُلْتُ إِنِّي أُطِيقُ
أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ؟ قَالَ اخْتِمْهُ فِي عِشْرِينَ، قُلْتُ إِنِّي أُطِيقُ
أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ؟ قَالَ اخْتِمْهُ فِي خَمْسَةَ عَشَرَ، قُلْتُ إِنِّي
أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ؟ قَالَ اخْتِمْهُ فِي عَشْرٍ، قُلْتُ إِنِّي أُطِيقُ
أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ؟ قَالَ اخْتِمْهُ فِي خَمْسٍ، قُلْتُ إِنِّي أُطِيقُ
أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ؟ قَالَ فَمَا رَخَّصَ لِي - رواه الترمذي والدارمي
Dari Abdullah bin Amru bin Ash ra,
aku berkata kepada Rasulullah SAW, ”Wahai Rasulullah seberapakah aku
(seharusnya) membaca Al-Qur'an?” Beliau menjawab, 'Khatamkanlah Al-Qur'an dalam
satu bulan.” Aku berkata, “Aku sanggup lebih baik dari itu wahai Rasulullah?”
Beliau bersabda, “Khatamkanlah dalam dua puluh hari.” Aku berkata lagi, “Aku
sanggup lebih baik dari itu wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Khatamkanlah
dalam lima belas hari.” Aku berkata lagi, “Aku sanggup lebih baik dari itu
wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Khatamkanlah dalam sepuluh hari.” Kemudian
aku berkata lagi, “Aku sanggup lebih baik dari itu wahai Rasulullah?” Beliau
menjawab, “Khatamkanlah dalam lima hari”. Aku berkata lagi, “Aku sanggup lebih
baik dari itu wahai Rasulullah?' Namun beliau tidak memperbolehkan lagi.” (HR.
Turmudzi & Darimi)
Tauladan dari para salafuss0leh boleh dijadikan
motivasi bagi kita untuk memulakan langkah berjinak-jinak dengan al-Quran
sebagaimana berikut:
- Aswad bin Yazid An Nakha’i Al Kufi. Diceritakan
bahwa beliau mengkhatamkan Al Qur`an dalam bulan Ramadhan setiap dua hari,
dan beliau tidur hanya di waktu antara maghrib dan isya, sedangkan di luar
Ramadhan beliau menghatamkan Al Qur`an dalam waktu 6 hari. (Hilyah Al
Auliya (2/224)
- Qatadah bin Diamah, dalam hari-hari “biasa”,
tabi’in ini menghatamkan Al Qur`an sekali tiap pekan, akan tetapi tatkala
Ramadhan tiba beliau menghatamkan Al Qur`an sekali dalam tiga hari, dan
apabila datang sepuluh hari terakhir beliau menghatamkannya sekali dalam
semalam .(Al Hilyah, 2/228).
- Tabi’in lain, Abu Al Abbas Atha’ juga termasuk
mereka yang “luar biasa” dalam tilawah. Di hari-hari biasa ia menghatamkan
Al Qur`an sekali dalam sehari. Tapi di bulan Ramadhan, Abu Al Abbas mempu
menghatamkan 3 kali dalam sehari. (Al Hilyah 10/302).
Semoga
kita tergolong di dalam janji Allah Sebagaimana hadis baginda SAW:“ Ahli al-Quran ialah ahli Allah dan orang
keistimewaannya." Selamat beramal…
Ibn Yusuf al-Syubrowi