Monday, February 6, 2012

Mari berkenalan dengan ilmu tafsir

PENGENALAN &PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR
Dari sudut bahasa, tafsir bermaksud menerangkan. Menurut Lisan al-Arab ia juga memberikan makna menghuraikan kekusutan dan menghuraikan apa yang dikehendaki oleh lafaz yang musykil (keliru)  sebagaimana firman Allah:
Ÿwur y7tRqè?ù'tƒ @@sVyJÎ/ žwÎ) y7»oY÷¥Å_ Èd,ysø9$$Î/ z`|¡ômr&ur #·ŽÅ¡øÿs? ÇÌÌÈ                                                
(al-Quran,al-Furqan 25:33)
Maksudnya: Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis Segala yang mereka katakan itu).
Pemahaman tafsir dari sudut istilah ahli tafsir pula ialah suatu ilmu bagi memahami kitab Allah SWT yang diturun ke atas Muhammad SAW dan menerangkan maknanya. Manakala menurut al-Zarqani ilmu tafsir bermaksud ilmu yang membahaskan keadaan al-Quran al-Karim dari segi dilalah (petunjuk) mengikut  kehendak Allah dengan kadar kemampuan pemikiran manusia.
Dr. Salah Abd al-Fattah al-Khalidi dalam kitabnya  Tacrif al-Darisin bi Manahij al-Mufassirin telah membahagikan harakah al-Tafsir bermula semenjak zaman sahabat sehingga kini kepada empat marhalah iaitu:
1.        Marhalah al-Ta’sis
Iaitu tahap permualaan ilmu tafsir di zaman Rasuullah hinggalah zaman atba’ al-Tabicin. Pada tahap ini manhaj tafsir menjurus  kepada dua aliran iaitu:

a.      Tafsir bi al-Macthur- berpegang kepada kata-kata yang macthur yang terdiri daripada hadis Rasulullah, pendapat para Sahabah dan Tabicin.
b.      Tafsir al-Lughawi al-Bayani- Menerangkan makna kalimah al-Quran berdasarkan lughah iaitu darisegi isytiqaq dan tasrif al-afcal dan menggunakan bait-bait syair sebagai dalil dan penguat.
2.       Marhalah al-Tacsil

Marhalah ini bermula pada akhir kurun ke-3 Hijrah oleh Imam al-Tabari di mana beliau telah menggabungkan kedua aliran iaitu Tafsir bi al-Macthur dan Tafsir al-Lughawi al-Bayani dan ditambah dengan istinbat hukum serta tarjih terhadap pendapat yang menjadi pilihan beliau. Beliau juga telah mencipta manhaj yang tersendiri dalam tafsir beliau yang menafsirkan al-Quran secara keseluruhannya (mencakupi perbahasan dalam pelbagai bidang)  berdasarkan  turutan surah-surah, ayat-ayat dan jumlah-jumlah yang dinamakan sebagai Manhaj al-Jamic sesuai dengan nama kitab tafsir beliau iaitu Jamic al-Bayan can Tacwil Ayi al-Qur’an. Dimaksudkan dengan al-Manhaj al-Jamic ialah beliau menggabungkan tiga method penafsiran iaitu tafsir al-Quran dengan lughah, al-macthur (hadi s Rasulullah, kata-kata sahabat, tabicin dan atbac  tabicin) dan mengutamakan istinbat dan ijtihadnya sendiri.

3.       Marhalah al-Tafric

Selepas zaman al-Tabari (kurun ke 4 Hijrah) aliran penafsiran al-Quran berubah daripada Manhaj al-Jamic (perbahasan merangkumi semua bidang) kepada Manhaj al-Ghalib(perbahasan menjurus kepada kemahiran dalam bidang masing-masing). Oleh itu setiap Mufassirin akan menafsirkan al-Quran dengan memberatkan perbahasannya  mengikut kemahiran masing-masing seperti:
i.                    Bidang Nahu Arab oleh al-Zajjaj, al-Wahidi dalam kitabnya al-Basit, dan Abi Hayyan dalam kitabnya al-Bahr al-Muhit
ii.                  Bidang Falsafah oleh Fakh al-Razi dalam kitabnya Mafatih al-Ghayb
iii.                Bidang Fiqh oleh al-Jassas dan al-Qurtubi
iv.                Sejarah oleh al-Thaclabi dan al-Khazin
v.                  Fahaman Muctazilah oleh al-Rummani, al-Jubaci, al-Qadi Abd al-Jabbar dan al-Zamakhsyari
vi.                Tasawuf oleh Ibn al-cArabi dan Abu Abd al-Rahman al-Sulami
Aliran tafsir ini berterusan sehinggalah ke 14 Hijrah dan kitab-kitab tersebut boleh didapati serta dicetak oleh pelbagai cetakan sebagaimana yang terdapat sekarang.
4.      Marhalah al-Tajdid

Selepas kurun ke 14 Hijrah ilmu tafsir mula berkembang sesuai dengan keperluan zaman dan ilmu semasa. Justeru beberapa pembaharuan terhadap manhaj, method serta perbahasan ilmu dan kebudayaan yang moden telah berlaku terhadap penafsiran al-Quran. Hal ini berlaku bagi menyelesaikan permasalahan semasa yang melanda ummah berpandukan petunjuk al-Quran yang masih menepati asas-asas dan manhaj yang ditetapkan dalam ilmu tafsir dan tidak terkeluar dari maksud sebenar kalamullah.
        Penulisan tafsir pada tahap ini dicetuskan oleh Shaykh Muhammad Abduh yang telah memulakan satu dimensi baru dalam memahami al-Quran dan membebaskan kebekuan bertaklid yang diwarisi dari kurun-kurun sebelumnya. Method ini kemudiannya diwarisi oleh murid-muridnya termasuklah al-Syahid Hassan al-Banna yang menekankan gerakan dakwah Islam melalui platfom Ikhwan  Muslimin.
        Antara tafsir mucasarah yang mashyur ialah:
i.                    Mahasin al-Tacwil oleh Jamal al-Din al-Qasimi
ii.                  Tafsir al-Manar oleh Muhammad Rashid Reda
iii.                Fi  Zilal al-Qurcan oleh Sayyid Qutb
iv.                Al-Asas fi al-Tafsir oleh Said Hawa
v.                  Al-Tafsir al-Mawduici li al-Qur’an al-Karim oleh Muhammad al-Ghazali
vi.                Tafhim al-Qurcan Abu al-Acla al-Mawdudi
vii.              Tafsir al-Munir oleh Dr. Wahbah al-Zuhayli


 

No comments:

Post a Comment