Sunday, June 10, 2012

MOTIVASI AL-QURAN


MOTIVASI AL-QURAN

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ( يقال لصاحب القران اقرأ و ارتق
 ورتل كما كنت ترتل في الدنيا فإن منزلتك عند آخر آية تقرؤها ) . (صحيح الجامع 8122(

Hadis di atas adalah salah satu daripada himpunan hadis-hadis tentang kelebihan membaca al-Quran. Kalau kita mentelaah a buku-buku tentang kelebihan membaca al-Quran atau membuat carian di google tentang perkara ini..maka kita akan lihat secara teorinya banyak kelebihan-kelebihan yang disusun oleh para ulama berdalilkan al-Quran sendiri atau hadis Rasulullah SAW. Kalau guru-guru al-QAran atau pelajar takhassus al-Quran mungkin sebahagian dalil atau hadis-hadis tersebut telah cair di mulut mereka. Namun begitu berapa ramaikan di antara kita yang istiqamah membaca al-quran setiap hari? Banyak mahupun sedikit? Orang awam golongan agama atau para huffaz sendiri?Kita mampu membuat rutin harian sehingga berjam-jam sehari namun sesetengah kita mungkin merasakan 15 minit untuk membaca al-Quran adalah terlalu lama.

     Bermacam-macam alasan diberikan… ada yang tidak membaca nya dengan alasan tidak pandai atau tidak lancar. Tetapi bagaimana pula dengan golongan yang sudahkhatam, sudah pandai dan lancar tetapi masih  tidak menjadikan bacaan al-Quran sebagai amalan hariannya?Apa pula alasannya? Tidak kira siapapun kita.. Orang awam mahupun golongan agama sendiri tambahan lagi yang bergelar  “ al-Hafiz” al-Quran haruslah dibaca, difahami serta di amalkan dalam kehidupan seharian.

    Sebagai panduan untuk melazimi kalam Allah yang suci ini saya titipkan beberapa cadangan sebagai langkah untuk menjadikan al-Quran sebagai bacaan amalan harian.

1.       Menetapkan jadual untuk membaca al-Quran dalam sehari. Umpamanya selepas magrib atau selepas subuh atau sebelum memulakan kerja. Tidak perlu habiskan sejuzuk..cukup 5- 15 minit bergantung kepada keadaaan. Paling kurang cubalah istiqomah paling kurang 10 ayat sehari sesuai dengan Hadis rasulullah SAW:

”Rasulullah saw bersabda,”Barang siapa membaca sepuluh ayat dalam satu malam,maka ia tidak akan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang lalai.’’(HR Imam Hakim)

Boleh juga diamalkan bacaan hafazan surah-surah yang masyhur ketika memandu pergi atau balik kerja. Sekiranya kita tidak slotkan  bacaan al-Quran dalam jadual harian kita nescaya kita akan sentiasa akan disibukkan oleh dunia yang tak berkesudahan.



2.       Biasakan membaca surah ketika solat sunat atau solat sendirian. Sekiranya tidak menghafaz surah-surah yang panjan,g ayat lazim pun memadai. Cuka ubah kebiasaan dengan  cukup sekadar membaca fatihah kemudia terus rukuk. Dalam masa yang sama kita berusaha untuk menambah hafazan kita.



3.      Amalkan puasa  sunat. Ini kerana orang yang berpuasa hatinya akan lebih jinak kepada ibadah dan banyak masa dapat diluangkan. Justeru gunakan ianya untuk membaca al-Quran



4.      Solat berjamaah di masjid atau surau. Kedatangan awal kemasjid membolehkan kita membaca al-quran sambil menunggu waktu azan atau sebelum pulang kerumah walaupun satu muka surat. Sekurang-kurangnya boleh mengikuti bacaan Imam.

5.      Menjadikan al-Quran sebagai zikir atau doa harian. Dengan itu secara tidak langsung kita telah membaca al-Quran umpamanya doa-doa al-ma’thurat doa menaiki kenderaan pergi dan balik kerja..doa sebelum belajar dan sebagainya.

    Ingatlah para ulamak terdahulu mampu mengkhatamkan al-Quran dalam masa beberapa  hari walaupun sibuk dengan penulisan kitab dan mengajar ilmu. Semua ini adalah hasil keberkatan dari Allah diatas usaha mereka yang istiqamah membaca al-Quran. Sebagai motivasi mari kita lihat kesungguhan  para sahabat dalam mengkhatamkan al-Quran sebagaimana yang diceritakan di dalam hadis yang banyak. Antaranya:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فِي كَمْ أَقْرَأُ الْقُرْآنَ؟ قَالَ اخْتِمْهُ فِي شَهْرٍ، قُلْتُ إِنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ؟ قَالَ اخْتِمْهُ فِي عِشْرِينَ، قُلْتُ إِنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ؟ قَالَ اخْتِمْهُ فِي خَمْسَةَ عَشَرَ، قُلْتُ إِنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ؟ قَالَ اخْتِمْهُ فِي عَشْرٍ، قُلْتُ إِنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ؟ قَالَ اخْتِمْهُ فِي خَمْسٍ، قُلْتُ إِنِّي أُطِيقُ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ؟ قَالَ فَمَا رَخَّصَ لِي - رواه الترمذي والدارمي

Dari Abdullah bin Amru bin Ash ra, aku berkata kepada Rasulullah SAW, ”Wahai Rasulullah seberapakah aku (seharusnya) membaca Al-Qur'an?” Beliau menjawab, 'Khatamkanlah Al-Qur'an dalam satu bulan.” Aku berkata, “Aku sanggup lebih baik dari itu wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Khatamkanlah dalam dua puluh hari.” Aku berkata lagi, “Aku sanggup lebih baik dari itu wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Khatamkanlah dalam lima belas hari.” Aku berkata lagi, “Aku sanggup lebih baik dari itu wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Khatamkanlah dalam sepuluh hari.” Kemudian aku berkata lagi, “Aku sanggup lebih baik dari itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Khatamkanlah dalam lima hari”. Aku berkata lagi, “Aku sanggup lebih baik dari itu wahai Rasulullah?' Namun beliau tidak memperbolehkan lagi.” (HR. Turmudzi & Darimi)



     Tauladan dari para salafuss0leh boleh dijadikan motivasi bagi kita untuk memulakan langkah berjinak-jinak dengan al-Quran sebagaimana berikut:

  • Aswad bin Yazid An Nakha’i Al Kufi. Diceritakan bahwa beliau mengkhatamkan Al Qur`an dalam bulan Ramadhan setiap dua hari, dan beliau tidur hanya di waktu antara maghrib dan isya, sedangkan di luar Ramadhan beliau menghatamkan Al Qur`an dalam waktu 6 hari. (Hilyah Al Auliya (2/224)
  • Qatadah bin Diamah, dalam hari-hari “biasa”, tabi’in ini menghatamkan Al Qur`an sekali tiap pekan, akan tetapi tatkala Ramadhan tiba beliau menghatamkan Al Qur`an sekali dalam tiga hari, dan apabila datang sepuluh hari terakhir beliau menghatamkannya sekali dalam semalam .(Al Hilyah, 2/228).
  • Tabi’in lain, Abu Al Abbas Atha’ juga termasuk mereka yang “luar biasa” dalam tilawah. Di hari-hari biasa ia menghatamkan Al Qur`an sekali dalam sehari. Tapi di bulan Ramadhan, Abu Al Abbas mempu menghatamkan 3 kali dalam sehari. (Al Hilyah 10/302).

   Semoga kita tergolong di dalam janji Allah Sebagaimana hadis baginda SAW:“ Ahli al-Quran ialah ahli Allah dan orang keistimewaannya." Selamat beramal…
Ibn Yusuf al-Syubrowi




No comments:

Post a Comment