Saturday, August 23, 2014

Kekasih Awal Dan Akhir


 

Al-Kisahnya..Selepas mendapat tawaran bertugas di negeri kelahiran..aku telah mula rapat dengan kekasih lamaku. Sebenarnya beliau merupakan temanku sejak berumur 5 tahun kalau x silap..tapi berkawan masa kecil2 kadang2 tak dapat merasai kemanisan dan tak ada rasa “ghraa” bila bersama. Kami berkawan dan bersama dari sek. Rendah hinggalah sekolah menengah..iaitu sek. (Dato hj Ababs sekarang-juga sekolah isteri ) Namun Aku mula mengenali dan benar2  rapat dengan beliau selepas memasuki  Mahad Tahfiz al-Quran Terengganu. Hubungan kami terus terjalin erat walaupun aku meneruskan pengajian di Mesir..bak kata orang tua2 kalau dah cinta..lautan api tak mampu memisahkan..

Selepas pulang dari Ardu Kinanah dan menceburi bidang pekerjaan hubungan kami agak sedikit terjejas..walaupun kami masih berhubung namun kadang-kadang kerana kesibukan masa dan tugas kami tidak dapat berdating sekerap yang dulu.. ditambah lagi apabila aku mula melangkah ke alam perkahwinan dan dianugerahkan anak2 yang semakin bertambah dari setahun ke setahun.. hubungan kami masih berjalan namun tidak semesra dan seintim ketika zaman belajar dahulu..aku merasai perkara ini..dan aku dapat rasakan beliau seolah2 merajuk pada ku..pernah beliau cuba berjauhan dariku..dan aku terpaksa berusaha keras untuk kembali mendampinginya. Betullah agar sukar utk memujuk bila dah merajuk..namun bila berhasil terasa sangat nikmat perhubungan tersebut..walaupun kekadang kesibukan duniawi menyebabkan aku juga tak sempat memujuknya hingga lama beliau merajuk..

Ditakdirkan Allah..aku dapat peluang bertugas di tanah air..Terengganu..maka bermulalah episode seterusnya dalam hidupku..Aku pulang tanpa membawa keluarga kerana kekangan urusan pertukaran isteri..(hanya membawa seorang anak balik bersama). Kejauhan dari keluarga dan anak2 menjadikan masa aku agak lebih. Kesempatan ini aku ambil utk berdampingan kembali dengan kekasih lama ku..kami punya masa utk berborak2..saling mengenali dengan lebih mendalam tentang diri masing2. Kami mula menetapkan masa utk berdating agak kerap dlm masa sehari. Tambahan kerja di UniSZA  dalam bidang yang sama dengan beliau menyebabkan kami semakin sering berurusan bersama. Kini kami benar2 rapat..boleh dikatang sejurus selepas solat subuh..sebelum ke tempat kerja, pasti aku akan menguhubungi utk berborak2 dengan beliau …dalam kereta otw kerja pun sempat lagi calling2..sebelum masuk kerja pun sempat lagi “mukaddimah” ambil berkat..kini baru aku tahu nikmat bertemu kembali dengan kekasih lama..dan kami berjanji takkan berpisah lagi..kami akan bersama hingga kesyurga..beliau juga telah berjanji n sanggup menemani ku walaupun di alam Kubur sekiranya aku benar2 setia..ya Allah redhakanlah perhubungan kami..

Isteriku walaupun agak sedih kerana berjauhan denganku..tapi aku yakin beliau juga redha dan gembira dengan keadaanku..I. Allah lambat laun beliau juga akan dapat bertukar dan tinggal bersama kami..secara kebetulan nama isteriku yg tercinta ini..dan nama kekasihku adalah sama..isteriku Nurul Huda..manakala kekasihku al-Huda..tapi nama beliau yg glamer ialah al-Quran al-karim..

1 comment:

  1. Ustaz..sedap crita niii!! Huhu..part last tu ustaz..isteriku Nurul Huda..kekasihku al-Huda, QuranulKareem..hehe

    ReplyDelete