Tuesday, August 23, 2011

Muhasabah Fasa Akhir Ramadhan

Salam Ramadhan..
Begitu cepat masa berlalu..ketika saya menulis artikel ini kita telah berada pada 24 Ramadhan, bermakna masih berbaki 6 hari lagi untuk kita merebut peluang beribadah di bulan yang penuh barakah ini. Itu pun kalau diizinkan Allah SWT…
Kita sering mendengar para penceramah atau pentazkirah membaca ayat ang menjadi dalil kewajipan puasa :
“Wahai orang yang beriman difardukan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat sebelummu semoga kamu bertaqwa”
                                                                                                (al-Baqarah:183)
Ayat ini selalu bermain di telinga kita hingga sebahagian besar kita telah menghafaznya. Namun ingin sekali lagi saya mengingatkan diri saya dan sahabat2 agar bermuhasabah untuk sekian kalinya tentang maksud yang tersurat di sebalik ayat tersebut. Jelas,  bahawa Allah menyatakan kepada kita selepas kewajipan berpuasa tentang apa yang Allah mahu mentarbiyyah kita melalui ibadah puasa yang boleh juga kita panggil sebagai “learning outcome”  iaitu taqwa. Setiap Ibadah ada learning outcomenya tersendiri seperti solat “mencegah dari fahsya’ dan mungkar”  “zakat  membersihkan hati dan harta” dan sebagainya.
Perkataan taqwa mudah sekali diungkapkan namun untuk mendapatkannya bukanlah semudah untuk mendapatkan segulung sijil atau ijazah di Universiti. Ini kerana ianya tidak hanya sekadar teori semata2 tetapi perlu melalui proses ta’abudiyyah yang istiqamah serta dilakukan dengan penuh ihsan kepada Allah SWT. Para Ustaz atau  penceramah (termasuk diri ini) boleh ceramah berapi2 tentang ketaqwaan namun belum tentu mereka telah mencapai tahap ketaqwaan yang sempurna sebagaimana yang diucapkan. Namun ini bukannya alasan untuk kita tidak perlu mengingatkan manusia tentang taqwa. Ia merupakan suatu target berterusan dalam hidup manusia yang perlu diburu hinggalah ke akhir hayat.
Para ulamak telah memberikan pelbagai takrifan tentang taqwa yang perlu kita renungkan sebagai pedoman hidup. Kesemua berdasarkan amalan, kewarakan, dan perubahan yang mereka alami dalam proses ibadah kepada Allah. Bukannya seperti sesetengah pakar motivasi yang hanya menaqalkan kata2 atau pengalaman orang lain kemudian di persembahkan seolah-olah itulah buah fikiran dan falsafah hidup mereka sedangkan kadang2 mereka sendiri tidak pernah merasainya.
Sebagai contoh Imam Zainal Abidin meletakkan tanda2 mukmin bertaqwa ada lima iaitu:
1.      Bersifat wara’ ketika berseorangan ( الورع عند الخلوة)
2.     Sanggup bersedekah ketika kekurangan harta   (الصدقة عند القليل )
3.     Bersabar di atas musibah ( الصبر على المصيبة)
4.     Bersikap lemah lembut ketika marah ( الحلم عند الغضب )
5.     Berkata benar ketika keadaan takut. (الصدق عند الخوف )
Lima perkara ini harus  dijadikan sebagai penanda aras bagi kita sebagai seorang mukmin (benchmark). Walaupun ianya tidak semudah saya menulis artikel ini , namun sekurang2nya kita mesti ada azam untuk mancapainya sebelum kita bertemu dengan Allah Rabbul Jalil. Kesemua ciri2 tersebut merupakan sesuatu yang sukar untuk dicapai kecuali mereka yang telah mencapai tahap ihsan dalam ibadahnya..Allahu akbar..Allahummaj’alna minhum…
Bahkan Imam besar kita al-Syafei telah memberikan mutiara yang cukup berharga dalam menilai diri apakah telah mencapai tahap taqwa atau tidak iaitu selepas kita melalui 3 perkara berikut:
1.      Bersifat pemurah walaupun ketika kekurangan harta ( الجود عند القليل)
2.     Bersifat wara’ ketika berseorangan ( الورع عند الخلوة)
3.     Dapat menyatakann kebenaran ketika takut dan mengharapkan sesuatu daripada seseorang (أن تكون كلمة حق عندما يخاف ويرجى )
Semoga Allah SWT memasukkan kita dalam golongan yang disebut oleh Rasulullah “ wahai pencinta kebaikan berlumba2lah melakukan kebajikan..”  Amin..
Kita juga memohon agar dijauhkan daripada tergolong ke dalam 3 golongan yang di doakan kecelakaan oleh malaikat Jibril dan di aminkan oleh Rasulullah sendiri dimana salah satunya ialah golongan yang telah melalui Ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan dari Allah SWT …Nauzubillah
Selamat menempuh baki2  Ramadhan dengan penuh “ ihhtisaaba”
Ibnu Yusuf al-Syubrowi

No comments:

Post a Comment