Thursday, August 11, 2011

Muhasabah Ramadhan...

Salam Ramadhan buat semua teman yang bernama hamba Allah..
Antara fungsi bulan Ramadhan ialah sebagai madrasah untuk kita bermuhasabah diri terhadap kehidupan yang telah kita jalani selama setahun sebagai hamba Allah. Justeru ingin saya berkongsi beberapa persoalan yang perlu kita jawab secara bersendirian iaitu:
-          Siapakah kita
-          Darimana dan kemanakah arah  kita
-          Apakah tujuan kita hidup di muka bumi
Kadang-kadang kita tidak mahu memeningkan  kepala memikirkan masalah ini yang dianggap remeh temeh oleh sesetengah orang. Namun persoalan inilah yang menentukan kebahagiaan kita didunia dan kesudahan kita di akhirat. Allah berfirman:
óOçFö7Å¡yssùr& $yJ¯Rr& öNä3»oYø)n=yz $ZWt7tã öNä3¯Rr&ur $uZøŠs9Î) Ÿw tbqãèy_öè? ÇÊÊÎÈ
 Maka apakah kamu mengira, bahawa Sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
                                                                                                                                (al-Mukminun:115)
Firman Allah lagi:
$tBur àMø)n=yz £`Ågø:$# }§RM}$#ur žwÎ) Èbrßç7÷èuÏ9 ÇÎÏÈ
Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diriya  kepada-Ku.
(al-Zariyat: 56)
Dua ayat di atas jelas menjadi dalil kepada kita betapa besarnya tanggung jawab kita terhadap kehidupan di dunia ini.
Jika kita perhatikan di sekeliling kita, maka kita akan dapati terdapat sebilangan manusia yang hidup tanpa matlamat (akhirat). Apa yang difikirkannya hanyalah kehidupan di hadapan  mata sahaja. Maka hiduplah mereka dalam keraguan tanpa matlamat yang jelas kerana mereka tidak tahu kemanakah akhirnya hidup mereka. . Padahal dia tahu bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja tidak mahu memikirkannya
Terdapat juga golongan yang memiliki tujuan hidup namun tujuan yang dipilihnya adalah salah lantas menjadikan  hidupnya akan merasa tidak tenang. Mengapa tidak tenang ? Kerana umumnya orang yang tidak mengetahui hakikat tujuan hidup yang sebenarnya, dia cenderung untuk menggantungkan tujuan hidup ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi  sehingga tidak lagi mengambil kira hukum-hakam Allah dalam menentukan segala tindakannya.
Sedangkan sesuatu yang bersifat duniawi hanya bersifat sementara dan sering menipu daya manusia. Apabila ianya musnah atau  manusia gagal mencapainya maka mereka akan stress, kecewa serta  porak peranda hidupnya. Semua ini terbuktit dalam realiti kehidupan hari ini dimana saban hari akhbar dan televisyen memaparkan berita tentang pelbagai jenayah seperti pembunuhan dan penderaan, bunuh diri, pergolakan rumah tangga, dan pelbagai jenis jenayah dan gejala social lagi. Kesemua ini adalah hasil kehidupan yang melanggar hukum Allah serta membelakangkan akhirat maka kehidupan mereka akan diselubungi pelbagai masalah dan penyakit yang menyebabkan mereka hidup dalam keadaan keluh kesah dan jiwa yang tidak tenteram.
Bagi menyelesaikan ni maka perlulah kita kembali kepada panduan yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat baginda sebagaimana yang tercatat dalam kisah para sahabat Rasulullah SAW:

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis ilmu yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Saranan Ibnu Mas’ud ini amatlah sesuai sekali kita mulakan terutama pada bulan Ramadhan yg mulia ini kerana dengan tadarus al-Quran dan menghadiri majlis ilmu bukan sahaja kia mendapat pahala tetapi akan menambah kan kita ilmu pengetahuan yang merupakan sumber hidayat Allah SWT. Sekiranya kita beristiqomah mengamalkan saranan ini nescaya Allah akan menggolongkan kita kedalam golongan ketiga iaitu yang mempunyai matlamat hidup yang jelas dan benar di dunia sekaligus menjawab persoalan yang saya kemuka di awal perbincangan ini.

Perkara ini telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah Fussilat ayat 30- 32 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka (istiqomah), maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu". Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta.Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
          Lihatlah betapa hebatnya janji dan balasan Allah terhadap sesiapa yang meletakkan Allah di dalam hatinya  serta istiqamah dalam melakukan amal soleh, bukan sahaja mendapat kehidupan yang bahagia di dunia tetapi telah di janjikan dengan nikmat syurga di akhirat nanti..Allahu akbar..
Muhasabah: Ibnu Yusuf al-Syubrowi

No comments:

Post a Comment