Thursday, April 14, 2011

khilaf qiraat

2.2.1        Hakikat Khilaf Dalam Ilmu Qiraat
Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini al-Qiraat merupakan perbahasan pada kalimah yang khilaf di dalam al-Quran. Namun dalam ilmu qiraat, kalimah khilaf sendiri mempunyai beberapa pembahagian dan pengertian sebagaimana yang dirumuskan daripada kata-kata Ibn al-Jazari dalam kitabnya al-Nashru:
i.                    Khilaf wajib
Khilaf bacaan yang disandarkan kepada salah seorang daripada Qurra’ dan berlaku ijma’ pada rawinya dikenali sebagai Qiraat dan sekiranya disandarkan kepada salah seorang rawi maka ia dikenali sebagai riwayat. Sekiranya di sandarkan kepada orang  yang meriwayatkan  rawi ke bawah maka ia dipanggil sebagai turuq.Kesemua jenis khilaf ini (qiraat, riwayat dan turuq) termasuk dalam khilaf wajib.  Ini memberi maksud Qari atau pembaca al-Quran mesti mendatangkan kesemua khilaf ini bagi menyempurnakan talaqqinya (pembelajaran) terutama ketika menggunakan kaedah jamc al-Qiraat. Ia bukannya wajib darisegi hukum tilawah kerana hakikat khilaf dalam qiraat adalah bersifat tanawwuc di mana kesemuanya adalah benar dan pemilihan bacaan terhadap qiraat adalah secara  ikhtiyariyyah sahaja. Sebagai contoh:
a.       Bacaan حسب dengan kasrah sin dalam keseluruhan al-Quran merupakan Qiraat Nafic.
b.      Bacaan ءامن من  dengan memindahkan baris hamzah kepada huruf mati sebelumnya (nun) merupakan bacaan riwayat warsy dari Nafic
c.       Bacaan Mad badal dengan tiga wajah (qasr, tawassut dan isybac) merupakan bacaan bagi tariq al-Azraq dari Warsy daripada Nafic

            

ii.         Khilaf Jaiz (Harus)
Khilaf jaiz ialah khilaf pada wajah bacaan oleh para Qurra’(Imam)  dan para qari (pembaca)  boleh mendatangkan mana wajah dalam bacaannya sebagai pilihan. Ia tidak disyaratkan untuk mendatangkan kesemua wajah tersebut dan tidak akan mengurangkan kesempurnaan talaqqi dan kesinambungan sanadseperti mengithbatkan bacaan basmallah antara dua surah dimana ianya  boleh dipilh mana-mana antara tiga wajah tersebut.
Dari aspek lain pula khilaf al-Qiracat merupakan khilaf yang kesemuanya adalah haq dan betul berbeza dengan khilaf fiqh. Ibn al-Jazari telah menekankan perkara ini dalam kitabnya al-Nasy sebagaimana berikut:
i.                    Ikhtilaf Qiraat merupakan ikhtilaf pilihan daripada apa yang telah tetap bahawa kesemuanya merupakan kalam Allah dan kesemuanya betul manakala ikhtilaf fiqh merupakan ijtihad ulama dalam menentukan apa yang benar disisi Allah.
ii.                  Ikhtilaf  qiraaat merupakan perselisihan ketika menunaikan lafaz-lafaz al-Quran manakala ikhtilaf ikhtilaf fuqaha’ merupakan perselisihan ketika mengistinbatkan hukum melalui dalil-dalilnya yang terperinci.
iii.                Ikhtilaf qiraat merupakan ikhtilaf tanawwuc (pelbagai) dimana kesemuanya benar dan diterima manakala ikhtilaf fuqaha’ bertentangan antara satu sama lain (disisi mujtahid) dimana masing-masing akan mempertahankan kebenaran pendapat masing-masing dan menolak pandangan lain.


1 comment: