Sunday, June 19, 2011

BAGAIMANA MEMAHAMI HADIS TENTANG 7 HURUF DAN 3 HURUF

BAGAIMANA MEMAHAMI HADIS TENTANG  7 HURUF DAN 3 HURUF
Timbul kekeliruan tentang Taruud /pertentangan hadis ahruf sab’ah dan ahruf thalathah kerana kedua2nya mempunyai dalil hadis rasulullah SAW. Namun kekeliruan in hanya pada zahir sahaja kerana jika diteliti secara mendalam dan sekiranya kita memahami asas hukum syariat sememangnya tiada pertentangan. Justeru para ulama meletakkan 3 kaedah jalan keluar bagi permasalahan ini :
1.       Al-Jam’u baina al-Nassaini – dengan mengambil kira bahawa hadis ahruf thalathah warid ketika turunnya 3 qiraat dan hadis ahruf sab’ah warid ketika sempurna qiraat hingga 7 huruf. Ini berdasarkan pemahaman drpd al-tadarruj /al-tarakhi dalam hadis yang banyak tentang ahruf sab’ah (sila rujuk hadis2 ahruf sab’ah) atau terdapat sesetengah qiraat yang dibaca dengan3 wajah sesetengah yang lain lebih daripada itu sehinggalah tujuh.

2.       Al-Tarjih- Hadis ahruf sab’ah telah mencapai darjat mutawatir dengan makhrajnya seramai 24 sahabat dan turuq yang tak terhingga banyaknya.Manakala hadis ahruf thalathah makhrajnya seorang sahaja iaitu Samrah bin Jundub dengan 2 turuq. Turuq yang pertama walaupun sahih lizatih dan turuq kedua sanadnya agak lemah (tetapi dikuatkan dengan hadis pertama) ia tidak menyamai taraf hadis ahruf sab’ah. Justeru sesetengah ulamak seperti Abu Syamah telah mengkategorikan hadis ahruf sab’ah sebagai mahfuz dan hadis ahruf thalathah sebagai shaz. Justeru hadis ahruf sab’ah yang lebih kuat merupakan tarjih bagi bagi hadis ahruf thalathah.


3.       Al-Naskh- walaupun tiada tarikh dan tempoh tertentu tentang hadis  ahruf sab’ah dan ahruf thalathah, sekiranya difahami dari hikmah  tadarruj penurunah ahruf sab’ah dapatlah disimpulkan bahawa hadis ahruf thalathah diturunkan sebelum hadis ahruf sab’ah justeru sekiranya kaedah naskh boleh diguna pakai maka hadis sab’ah merupakan nasikh bagi hadis thalathah walaupun itu bukannya pendapat yang kuat.
Kesimpulannya pendapat yang mukhtar ialah kaedah  al-Jam’u baina al-nassain.
p/s: Mahfuz ditakrifkan  apa yg driwayatkan oleh perawi yg lbh dpercayai (atau  org2 thiqat), berlainan dgn riwayat prawi tiqah biasa..maksudnya ada suatu riwayat yang mempnyai  2 perawi, seorg thiqah, kedua lebih thiqah dari pertama..riwayat yg dibawa oleh yg lebih thiqah berlainan dgn riwayat perawi thiqah biasa..jadi rwyt yg lbh thiqah itu disebut mahfuz/tpelihara/blh dipegang periwayatanya...riwayat yg thiqah biasa itu dsebut syaz/myalahi/tak blh dpegang..Alalhu a’lam

No comments:

Post a Comment