Friday, July 15, 2011

AHLA WA SAHLAN YA SHAYKHAY AL-AZHAR

Semalam, Selepas solat magrib di rumah dan ketika anak-anak mula nak mengaji al-Quran tiba-tiba kedengan seperti suara seseorang sayup-sayup memberi salam. Ana cuba membuka tingkap, bimbang juga magrib-magrib begini takut-takut  perkara yang tak diingini. Kelihatan Hj fauzi Tabligh (Imam surau Indera Sempurna) dan beberapa Jamaah berada di hadapa rumah. Lantas ana membuka pintu, dan mengalu kedatangan mereka. Dalam kesamaran lampu jalan Hj Fauzi memperkenalkan Jamaah Tabligh yang datang menziarahi- dari Mesir. Dalam hati terdetik..ermm ni mesti geng-geng  ustaz lain tiada di surau dan nak minta translate bayan la ni.. Sangkaan ana meleset sekali, apabila Hj Fauzi memperkenalkan bahawa dua orang jamaah tersebut bukannya datang ke surau Taman Indera Sempurna, tetapi beliau merupakan dua orang Sheikh al-Azhar yang datang ke Malaysia, Kuantan atas urusan dakwah. Beliau datang kerumah ana semata-mata untuk menziarahi bekas pelajar al-Azhar,  Mesir. Difahamkan beliau juga telah menziarahi pengerusi surau (Ust Ayyub).
                Sheikh Isa Atiyyah sempat dengan ana di Mahad Qiraat al-Azhar tetapi tidak mengajar kelas ana. Beliau se zaman dengan syeikh Ahmad Rahim (mengajar Thn 3 Tahkassus) dan senior setahun drpr Sheikh Sayyid Abdul Majid (Hakim Musabaqah  Antarabangsa KL)
Kedatangan dua  orang ulamak  al-Azhar ini benar benar membuatkan  ana terasa teruja kerana sudi meluangkan masa untuk memberikan sedikit taujihat dan irsyadat kepada kami. Banyak nasihat yang diberikan kepada ana oleh Fadhilat al-Sheikh Isa Atiyyah dan Sheikh Ahmad Fathi. Beliau menekankan amanah sebagai Hamalatul Quran serta menggunakan segala ilmu kurniaan Allah untuk disebarkan kepada Umat Islam. Beliau juga menekankan supaya mempergiatkan kegiatan dakwah terutamanya kepada golongan-golongan yang tidak mendekati kita.
Masa berlalu begitu pantas, ana begitu khusyuk mendengar nasihat dan cerita dari sheikh sambil sekali sekala mencelah dalam kepelatan bahasa arab (almaklumlah dah lama tinggal b. arab). Akhirnya beliau meminta izin untuk berundur kerana masa tidak mengizinkan.
Hari ini (Jumaat 16/7/2011) ana berpeluang pergi ke tempat Syeikh Isa Atiyyah (Surau Pandan Damai) untuk berbincang dan meminta tunjuk ajar dalam masalah al-Quran wal Qiraaat. Sempat juga ana tasmik surah al-Rahman dan surah al-Toriq dengan beliau dan  juga bergambar degannya  sebagai “ahla zikrayat”. Antara hasil perbincangan dan perkara yang ditekankan oleh sheikh ialah:
1.       Hendaklah sentiasa memuliakan ulamak wlaupun terdapat beberapa pandangan mereka yang terkeluar daripada pandangan majority umpamanya pandangan al-Tabari terhadap tarjih dan tafdhil bayna al-Qiraat. Ketika bercakap beliau tidak putus-putus mendoakan kebaikan dan keampunan utk al-Tabari dan juga kami.

2.       Cara wakaf pada huruf lam seperti (من قبل)sukun    dan bertashdid (بل هم اضلَ)

3.      Ghunnah pada huruf-huruf  Istila’ )terutama ق  ) dan    martabatnya.

4.      Pengesahan tentang cara Imalah dan taqlil yang sebenar.

5.      Dan beberapa perkara berkaitan al-quran & qiraat.

Pertemuan diakhiri dengan sessi bergambar sebagai kenangan dan beliau menanyakan ana adakah merindui Mesir?..tempat jatuh lagi dikenang apa lagi tempat belajar..Insya Allah akan sampai…barakallah ya Sheikh..wa Baraka alaina jami’an..
Ibn Yusuf al-Syubrowi

No comments:

Post a Comment